Tuesday, August 31, 2010

the old memories...







Aku baru je browse thru a.k.a stalk all my seniors back in 2003 punya gambar2. Warghh... ada yang dah ada anak pun, macam kak Yas dah nak masuk dua dah. And ada jugak yang kekal couple since sekolah lagi macam kak mimi, kak onie ngn kak shahirah... best nya best nya... suka tengok orang bahagia. hehe. And suddenly rasa nak kahwin, boleh?? oppss...hahaha. Best bila kita mengenang kenangan kita yang manis2 and kita suka. Tapi bila tiba masa nak mengenang kenangan yang pahit2 tu, rasa nak amnesia kejap tak nak fikir pasal tu and kalau boleh nak lupakan terus. argh. Benci! huhuhu. Oh ya, kawan2 aku pergi upload gambar kenangan 4 tahun lepas masa kitorang tengah foundey...fuhh...sangat oldies itu gambar, muka pun naive lagi. ahaks. Kelakar2. Nak tengok?? Jap2...





haa cane??
what do u think??
Feel free to leave your comments or give ur feedbacks about it, tapi kutok tak mau ekk...hehehe. Tak sangka dah final sem. Macam baru je register foundey and ingat lagi lepak2 kat cafe sambil huha2 borak. Tapi tradition tu memang tak boleh tinggal cuma sekarang ni kalau nak huha2 pergi mamak pulak, no more cafes. hihihi... Apa2 pun, it's good to reminisce all those sweet memories, i will not forget it eventho i hate this uni tanah gersang so much. chow.


Monday, August 30, 2010

happy Merdeka day!







Tanggal 31 bulan 8...lima puluh tujuhhh...


.yay yay.


Merdeka. Merdeka. Merdeka.


fewwiitt...


Sedar tak sedar, dah 53 tahun Malaysia merdeka, even aku tak hidup masa zaman2 sebelum merdeka, tapi dalam hati masih berkobar-kobar kalau tengok klip Tunku Abdul Rahman laungkan "merdeka" dekat tv. fuhh... sangat classy + oldies. Sukaaaa... Tahun ni, dengar2 khabar nya universiti tanah gersang ini panggil JinsShamsuddin datang... tak pernah lagi sambut merdeka dekat sini, so hopefully malam ni panjang umur and takde aral melintang nak pergi chancellor hall sambut merdeka. Merdeka terakhir di universiti tanah gersang ini. huhuhu. Untuk semua rakyat seMalaysia ku, salam MERDEKA ku ucapkan.




MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...
even kami tak pakai baju kurung tunjukkan patriotisme, tapi kami sayang negara kami...
oh MALAYSIA kuuuu...






senarai harapan tahun 2010.






Kepala sakit, patut nya dah tidur, tapi mata ni masih lagi tak mengantuk. Macam mana tu?? Ishk3... Mata ni suka la buat kontroversi. Bila tengah buat kerja, time2 tu lah dia nak tertutup macam kan aku dah berjaga 3hari 3malam. Tapi kang kalau aku baring, taknak pulak terlelap, asyik la terkebil-kebil pandang ceiling bilik ni, kalau ada glow in the dark muka2 yang aku rindu kat ceiling tu takpe la jugak, terubat sikit rindu ni, ni tak, gelap jee... lagi terbayang sengsara ade laa... eh sengsara ke?? ah diam! cbuk je... hehehe.


Rindu. Rindu. Rindu.


Pada siapa?? ahaks. oh biarlah rahsia...~


hahahaha.


Tiba-tiba malam2 buta ni terasa nak list kan wishlist aku untuk birthday tahun ni, even aku belum tentu dapat kan. Ye ar, sapa je baik hati nak baca blog aku ni and belikan... huwaaaa... Takpe2, biar Allah selesaikan, bak kata mak kawan saya. hehe.


pertama. Mahu gantikan handphone saya ini dengan encik Blackberry. ishk. Mahu mahu... pleaseeee!!!

kedua. Mahu 1 suit kemeja untuk dibawa bekerja atau interview mana2 even belom ada dapat apa2 berita pasal interview/kerja pun. Macam happening je kalau dapat bergaya depan cermin sambil practice speech untuk interview. oh mahu!!

ketiga. Mahu sepasang baju raya yang gorgeous lagi elegan(sambil imagine pilihan hati). Wahh... best nya kalau dapat yang idaman hati, tapi too priceyy... ishk benciii...

keempat. Mahu seutas rantai tangan emas putih bertatahkan berlian. Slurppss... sangat tempting kalau difikir-fikirkan. huhuhu.

kelima. Mahu terima ucapan hari lahir pertama dari orang yang sangat saya tunggu2... tapi sure nan hadooo punya... dia engat ke lagi birthday aku. sobss... dah boleh galau hati ni kalau fikir pasal ni sekarang. ishk. Kalau dia tak wish tak nak celebrate birthday dah macam ni. eceh... poyo je kau msHanum ooi. hahaha.

keenam. Mahu shopping2 di Arzu KLCC to add in my shawl collection... lately terasa macam best je pakai shawl or syria, so mahu tambahkan koleksi yang tak seberapa nak ada tu. hihi.

ketujuh. Saya nak saya bersama keluarga yang tersayang serta sahabat handai yang rapat dan kaum keluarga semua nya happy2 selalu. Hope mereka2 ingat birthday saya... oh, teringat those surprises masa birthday saya yang lepas2, thanks untuk mereka2 yang terlibat, love u f.r.i.e.n.d.s... aku takkan lupa.


Sedih...kerana kau!






Sedih.

Tak tahu kenapa.

Oh... mungkin tahu kenapa tapi tak mahu cakap.

Sedih.

Kenapa awak buat macam ni, saya percaya awak tapi awak tuduh saya.

Benci awak.

Sumpah benci.

Tengok la balasan dia lepas ni.

Bukan saya yang balas tapi yang di ATAS.

Sedih lagi.

Benci awak lagi... sangat!! Saya pasti apa saya cakap!!

Ok takpe lupekan... awak pun bukan best sangat... sekadar melukut di tepi gantang... tak terusik pun saya dengan awak... so GET LOST okay! F for YOU!

Enough said... tak nak layan dia yang sewel... perasan! bluweekk...




Oh2, jam saya yang rosak dah dihantar baiki... tapi2, pakcik baiki jam kata kena pergi kedai ganti spare part yang ori... huwaaa... mane saya ada duit pakcik... ni lah akibat kalau dapat hadiah yang ntah berapa nilainya daripada kakanda tercinta sampaikan nak baiki jam yang beliau kasi pun perlu hantar ke kedai ori... oh pakcik, awak punya tak ori ke?? hehehe. Tapi terima kasih banyak ye, sebab tolong betulkan jam saya for FREE... yippiee... suka sangat. Pakcik, pakcik sangat baik tak macam dia tu yang jahat. hihihihi. ok dah jangan tanya siapa dia. Kalau kau tanya kau akan menyesal. huhu. Lagi satu, tengah kepingin nak chat dengan aasif, mane la dia sekarang... hope dia sihat2 je, penat tunggu kalau2 aasif ada pm, nak cerita banyak sangat dengan dia... aasif, do contact me please please... oh, mungkin tengah busy prepare for his medic test, takpe lah, doakan yang terbaik untuk dia. Good luck aasif, may the FORCE be with you... k all, babai.





Sunday, August 29, 2010

bila headband membina keyakinan diri...









Bonjour semua.

Hurm. Hari yg nyaman dan indah buat ku hari ni. Why why?? Sebab at last dapat jugak keluar dating dengan qeng. Yurp, dah lama puasa baru dapat date sama, punya la busy makcik tu sampai nak keluar pun kena buat appointment. Cehhss. haha. So today kami berbuka ayam penyet AP di de Garden Mall. Kepada sesape yang tak tau, mall ni betul2 sebelah JJ ipow. Oh2, ni adalah 2nd time aku try ayam penyet AP ni, 1st time adalah semalam. Hari2 pekena ayam penyet, nasib muka tak kena penyek. hihi. And surprisingly, i found someone here, masa sampai je terus dah perasan mamat ni, but buat2 tak nampak, end up dia yg malu sendiri siap makan sambil tutup2 muka, wat derr... Ada aku kesah ke kau kat situ?? oh please jangan perasan k. Ok enough of that, if aku pikir2 sure lagi menyakitkan hati. Tapi takpe lah, at least aku tahu apa yang aku patut buat lepas ni. Thanks to u man... Well3... Semalam pun best, bergebang sakan bersama2 nisha, tma & ana. Lepas makan ayam penyet terus pergi Ipow Parade sambil window shop. Eh, silap. Ada jugak shopping sikit2, kalauuuu tak shopping bukan perempuan la nama nye ye tak. hihi. So hasil tangkapan, berjaya membeli shades in brown color, headband-kiut-macam-aku, skirt-sgt-murah-thanks-to-that-adik and inner-syria-buat-muka-cun. hahaha. oh2, and aku buat gila pergi pakai headband dengan tudung. Nak test apa reaksi orang...mostly tak tengok pun macam diorang tak heran, tapi masa dalam lif ada budak2 lelaki ni siap pegang2 lagi aku punya headband tu. Saksi di tempat kejadian:Nisha. So, kalau tak betul, salahkan nisha. hahaha. Tapi best jugak sekali sekala buat kerja gila. Build up confidence sikit. hahaha. Nak tengok gambar?? Meh sini aku tempek...










So, cane?? Pelik tak?? Kalau tak pelik boleh la pakai lagi... ;p hahaha.



Thursday, August 26, 2010





Hello people.

Guess what?? Pipi dengan perut aku cramp! Why?? Sebab baru jumpa budak2 bongok buat lawak bangang sampai aku asyik gelak je sampai tahan perut takut pecah. hahaha. Reunion buka puasa budak2 mozac tadi was hilarious i would say. Even ada 8 orang je tapi kami mampu menghangatkan suasana macam tengah berkumpul 1 batch 0105. oh rindu gila ok nak duduk borak2 macam dolu2 balik. Sampai kan lauk pun kami tak pandang sangat sibuk nak bercakap je...hadoii... Tapi all in all, puas hati gila. Thanks guys and girls. hehehe. Nanti jom buat reunion sahur pulak jomsssss... ;p




Wednesday, August 25, 2010

Happy & Baju Raya.




Salam di petang hari semua. Peace peace no war please. hehe. Hari ni, hati sedikit ceria. Sebab nya... err... banyak sebab dia. Jap eh. Nak list.




Pertama. Hari ni berbuka dengan budak2 mozac-utp tercinta. Yay. Dah lama gila tak gather ramai and really looking forward nak meet up kejap lagi. Yay. Dah la makan ikan bakar, so favourite friends dicampurkan dengan favourite makan+aktiviti akan menjadi favourite combo.

Kedua. Skoler dah masuk. Kena arrange kan duit2 dan membayar hutang2 yang tertunggak. Kalau hutang dah berbayar, baru lah lega rasa hati.

Ketiga. Mood nak membeli baju raya dah ada. Yay. Even peruntukan untuk membeli baju raya belum tahu nak korek dari mana lagi, tapi aku dah berkobar-kobar nak cari. Sebelum ni plan, kalau raya ni takde baju raya pun takpe pun, boleh pakai yang dolu2 punya, tapi company intern aku dah mengajak majlis hari raya on 4october, of coz la kena bergaya kan, dah la kena prepare persembahan bagai, boss aku ni banyak je trick nak kenakan orang tau. ahaks. Sure banyak aksi bongok2 hari tu nanti. Best3. So sangat tak sabar nak menunggu hari tu. Yay... berjumpa famili semula...best2... tak sabar nyeee!




So, konklusi yang kita dapat hari ini ialah.... Saya HAPPY & Tak Sabar Nak Membeli Baju Raya. Yahay... So, any sponsor tak??? hehehe.









Masa : 3.42 am

Aku masih lagi duduk depan laptop tanpa arah tujuan. Mata rasa mengantuk, tapi x mahu lelap. Tadi bukan main prepare itu ini nak tidur, siap switch off laptop lagi, but end up, aku bangun balik and switch on laptop aku and merayau-rayau di alam maya ini. haish. Masalah tidur aku dah datang balik. sigh. Bila baring je mule la fikiran ni pikir bukan2. Kenapa la kau datang lagi dalam fikiran aku. Aku tahu kau dah buang aku, tolong la pergi jauh2. Aku nak kau, tapi aku tahu kau taknak aku dah, so kau tunggu ape lagi, please go. I don't need u right now eventho the reality is i really really need u badly. Tolong lah...don't do this to me. Even jauh dalam hati aku, aku nak kau same2 macam dulu and aku sentiasa membayangkan kau masih bersama aku macam dolu2, tapi hakikatnye, benda tu semua tak wujud. Aku hidup dalam khayalan aku. Kau mesti suka tengok hidup aku merana macam ni kan?? Jawab laaa... I hate you for doing this to me. Kau dah rampas separuh jiwa aku. Kau pergi senyap2 sambil rentap hati aku kuat2. Kau kejam! Aku benci! Argh...enough of that. Harus hapus kira all those bad memories i guess...kalau aku mampu. huhu. Oh ya, my birthday is just around the corner. Seriously tak sedar. Lagi 11 hari je lagi. Harap2 ada sesuatu yg menggembirakan masa tu, insyaAllah. K peeps, idea sudah kaput. Have to go now and adios~~




Tuesday, August 24, 2010

khas untuk Abang





Makin hari, aku rasa hubungan aku dengan abang aku makin baik. Ye, dulu pun baik jugak tapi since dia start bercintan cintun dolu2, aku rasa macam dah ada kekurangan & jurang antara aku dengan abang. Tapi, bila masa berlalu, abang dah berubah sikit demi sikit, dia jadi makin caring sekarang. Aku suka. Aku rasa macam dihargai. Aku dengan abang jarak usia kami 7 tahun, so most of the time memang payah nak berjumpa pun. Dolu2 pun masa aku sekolah rendah dia dah masuk sekolah asrama, bila aku kat asrama dia pulak kat rumah, sekarang ni aku kat rumah, dia pulak dah tinggal kat rumah sendiri, so memang masa kitorang jumpa tu sangat singkat and limited edition(eh..??hehe). Tapi Alhamdulillah, aku dah dapat abang aku balik. Kami saling membantu. While i'm broke, dia ada jadi life saver aku. Yay. Aku sayang abang. Thanks bro. Nanti bila abang susah, farah sure ada dengan abang jugak, don't worry. ;) But, what i'm trying to say here is Abang, Farah Sayang Abang Sangatttt.... Yes, I DO!



Sunday, August 22, 2010

Buah hati sudah sihat!





Haii all. Salam. Macam mana puasa setakat ni ok tak?? Hehe. Hati aku tengah berbunga-bunga ni. Almaklumla, buah hati dah sembuh sakit nya. Ye2, buah hati aku yang tu laa yg sakit, yg mane lagii, abg LAPTOP ku sayang... So, nak dijadikan cerita, bukan ribbon connector dia yg rosak, tp LCD skrin tu kena tukar baru. Cuba teka brape aku kena?? RM350 hokkayy!!! Pergh, menangis air mata Syawal aku bila abang bagitahu harga dia, dah la tengah pokai, depa pi cekik darah tekan mahal2. huwaaa... Tapi nasib baik kawan abang ada, dia dahulukan duit dia. Yay. Thanks Dol. Ni yang kena sayang lebih ni. hehe. Dah laa tu, harini hati aku remuk redam bila abang cakap, "Engatkan kena tukar ribbon connector je, kalo tak abang nak belikan farah beg laptop Golla..." Huwaaaa... Sob sob... Tapi kalau lepas ni belikan jugak beg laptop tu pun boleh jugak kan bang??? hehehe. *evil grin*


Tapi takpe, atleast buah hati dah sihat walafiat, boleh la meneruskan kerja seharian dengan senang hati nya. Lepas ni harus tungkus-lumus siapkan fyp sebab fyp aku tak start 1 haprak pun. Pasti2, harus lebih rajin. Sebab kena siapkan everything before raya, oh mati! Aduhaii... Tolong la datang mood RAJIN, i need u right now!


ok down dah. Mari tutup internet dan mula bukak fyp. eceh~




Thursday, August 19, 2010

lagu raya + baju raya




Sapa dah dengar lagu raya angkat tangan?? Saya saya... Ye, aku memang tengah lagu raya ni. Macam biase la kan, lagu favourite aku selalunya Senario ngn Dato' Siti, so ulang je laa sampai ke pagi. huhu. Sebelum ni takde masa aku nak pikir pasal raya, tapi malam ni mood raya dah masuk dalam badan aku ni. Sebab tadi sibuk bincang2 pasal baju raya ngan budak2 ni, punya la excited kan, tapi bajet bukan ade lagi pun. haha. Takpe, berangan itu best! Ni kalau kat tempat intern aku ni sure dah dapat duit raya dah ni, lepas la kalau nak beli baju raya sehelai ngan tudung raya. hehe. Takpe2, niat tu dah ade, biar Allah selesaikan. Kalau ade tu ade laa... huhu. Tapi, aku dah plan untuk raya haji dah, nak hantar segala kain2 yg berlonggok kat rumah tu kat mak Ana, nak mintak jahitkan. Sebenarnya bukan untuk raya haji je pun, untuk segala raya yang akan datang aku nak prepare dah. Tahun ni punya raya sedar2 tengok depan kedai ada signboard "Harap Maaf. Tempahan Raya Sudah Ditutup!" Hoii. Bulan Rejab pun x masuk lagi ok kau nak tutup tempahan bagai. Hangin aku. Eceh, hangin konon macam la aku nak gi tempah kat kedai tu kan. hahaha. ;p

Oh2, officially aku akan balik this weekend, hopefully angin di rumah lebih tenang, and dapat makan masakan bonda yg lazat & lemak berkrim. And laptop, please behave ye, saya penat la nak melayan awak lip lap lip lap ni. Lempang kang nak?? Ok aku dah tunjuk tanda2 ganas, perlu beredar. Daa~



Wednesday, August 18, 2010

kerosakan laptop mengkacaukan jiwa...




Holla molla gorgeous. Yes u mmg gorgeous, baru tau ke?? hehe. Meniti hari2 mendatang, hari aku makin hari makin bosan. Sebab ape?? Takyah tanya boleh?? Mind ur own business la wei. haha. Poyo2 nak emo. Eh2, memang aku emo pun hari ni, tapi japlgi aku story morry sama u olss. So, basically minggu ni hidup aku agak dilanda bencana jugak, tapi semoga semua ni ada hikmah di sebalik nya dan Allah turunkan ia sebagai menolak bala yg lebih besar datang kepadaku. insyaAllah. Amin.

ok, first thing first! Laptop aku rosak secara mendadak and rasa macam nak hentak je ia di tepi longkang blok aku ni. Takde belas kasihan langsung tau. Rosak nya aku x sure la ape, tapi skrin dia asek la lip lap lip lap macam nak blackout. Orang cakap ribbon die ada problem & aku search on the net pun depa kata ribbon connector ada problem la ape benda ntah lagi aku tak faham(kate je aku dak IS, tapi sepatah haram jadah aku tak faham.hoho). And sadly to say, i'm broke! Nak bayor pakai ape kalau nak anta repair ni. haduyaii. Fening pale pikir. Rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada, tapi ape motif ye tak. haha. Abang aku lak buat ayat psycho kata maybe ratus2, kalau setakat rm100-rm200 tu boleh la mohon keampunan sikit, ni kalau dah sampai riban-riban, tokey kambing pun tinggal sehelai sepinggang ko tau tak. Tapi takpe lah, nasib abang kata try bawak balik dia nak tgk, dah la semalam buat sombong dengan aku, tup2 hari ni buat baik lak, nasib baik hang buat baik dengan aku balik, kalau tak malas aku nak layan dah. hehehe. Mintak ampun bang, i lap u! hehe. So, doa itu sangat penting buat masa sekarang, semoga laptop aku sihat secepat yg mungkin, mahu buat fyp la weiii... Aku tengah semangat ni. ewahh~


So enough of that. Sekarang berkenaan dengan blog tercinta aku ni, rasa mahu diprivatekan laa..sape setuju angkat tangan cepattt!!


Saya saya saya...


Haha. Tapi masih dalam pertimbangan, sebab aku rasa dah xde relevan nya kalau aku cerita merapu-rapu korang baca pun ikut merapu gak. haha. So, renung2 kan & selamat beramal. ;D





Thursday, August 12, 2010

Tiffany





Selamat pagi....morning glory everyone. ;D


Ermm, so macam mane puasa utk hari kedua hari ini?? Ada yang nak terteguk air dah ke?? hehe. Rileks2... baru pukul 7 pg kut... awal lagi ni. So, sementara kita chill2 ni, nak story something kat sini. Tak de laa benda besar yg memerlukan decision Perdana Menteri pun, cuma luahan perasaan. Eceh, manjang je aku ni luahan perasaan kan. hehehe.


Hari ni... 12 Ogos 2010... saya dah jatuh cinta dengan diamonds and jewellery's Tiffany&Co.



uhuks2... tu jee pun luahannya. haha. Sebab tadi lepas sahur saja melayan mata ni bukak website Tiffany, then rasa macam kecur je ayaq liur ni tengok. Well, bak kata pepatah, Diamonds are a girl’s best friend... Tapi, seriously tempting tengok, rasa nak rush pergi Tiffany KLCC je nak cuci mata tengok2 diamonds kan. hihi. Anyways, hoping boleh masuk kan Tiffany dalam wishlist untuk diberi kepada kakanda ku untuk next year's birthday present pulak. Pitam abang aku kalau baca ni, dapat adik yang tak pernah berhenti mintak macam2. ahaks. Tapi,kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan ye tak, so apa yang kita harap tak semestinya kita dapat. Itu lah yang aku pegang selama ni, kalau dah tak dapat, kita kena terima. So, abis sudah luahan perasaan aku, now aku nak pi tidoq sampai laa class aku kul 11 sat lagi. Mata pun dah kelip2 mintak ditutup. Happy weekends dearie... kepada sesiapa yang balik kampung weekend ni, hati2 ye, pandulah dengan berhemah. Pandu selamat, jiwa selamat. Salam~



Wednesday, August 11, 2010

hari pertama..





haii dear.. macam mana hari pertama puasa hari ni?? Ada yang pengsan-melepek-mintak-air tak?? hehe. Well, for me, aku habiskan hari pertama aku dengan tidur je hari ni, oh sungguh tidak baik. Takpe, harus dijadikan pengajaran di kemudian hari. Macam mana dengan hati & perasaan aku hari ni ye?? Ermm.. agak terluka sikit. Terluka sebab apa ek?? Ermm.. biarlah RAHSIA. Biar aku & hati aku je yg simpan semuanya, kalau aku bgtahu pun bukan dapat settle problem pun, orang takkan sedar yang apa yg dia cakap akan menyinggungkan perasaan orang lain. Ye, mungkin aku kerdil, tak banyak bantah, tapi sometimes dalam hati ada taman, mesti terasa kat mane2 sebab aku pun bukan perfect. Tapi tak kesah la tu, mereka tak faham apa yang aku alami. Mereka tak pernah berada or duduk dalam situasi aku. Hanya aku yang tahu. Fine with it, ENOUGH! So, apa plan korang hujung minggu Malaysia kali ni ek?? Untuk aku, maybe aku tak balik kut, we had plans somewhere else, tapi tak tahu jadi ke tak. Takpe, dah tak kesah jadi ke tak, masih tak kan balik. Lagipun, mama babah pun okay. Tunggu la dapat duit scholar dulu baru nak balik, kalau tak sure aku yang rasa sedih sebab nanti mama babah lagi nak kene keluar duit untuk tambang aku balik. Aku tak nak & tak mintak pun tapi mesti nak bagi, padahal diorang pun tengah sesak n kena korek sana sini. Sorry mama & babah sebab tak balik. U know anak mu ini love u both damn much. Sampai mati pun anakmu ini akan doakan kebahagiaan kalian. Tskkk. Airmata macam nak meleleh keluar, please tears, DON'T.. coz it will hurt me more. Ok lah, mahu siap2 diri ke masjid beriftar. Do take care & banyak kan minum air suam ok, if not ur body will dehydrated. Salam~



;D



Tuesday, August 10, 2010

nasi ganja...





Sape pernah dengar pasal nasi ganja Ipoh?? And sape pernah makan nasi ganja angkat tangan?? Hehehe. Untuk aku, aku baru je try few days back...and hari ini aku try dekat Yong Suan pulak. Setahu aku la, dekat Ipoh ni ada 2 tempat je jual nasi ganja, dekat Vanggey(Greentown/Menglembu) & Yong Suan(dekat dengan Gerbang Malam Ipoh). Days before, aku diperkenalkan dengan nasi ganja Vanggey, rasa dia not bad laa...but still hati rasa tak puas lagi sebab member2 cakap nasi ganja Yong Suan sedap lagi. So hari ni, kitorang keluar lagi pergi hunting for nasi ganja, kali ni tak nak tersesat lagi, so pergi heret Nizam & Che'ox pergi same. And yeayy...we did it. Laa, senang je rupa nya nak cari, semalam punya la susah payah nak cari. hahaha. End up, aku laa yang makan paling banyak. Makan sepinggan nasi, then pergi ambik lagi nasi si ctkay, mata Nizam dah macam nak terjojol keluar kan tengok aku makan bertambah. Ahaks. Chill laa abanggg...adik mu ini suka makan, lagi2 makanan yang sedap. hehe. ;p After all, aku lagi suka nasi ganja Yong Suan daripada Vanggey sebab...(1) Ayam dia garing and sedap lagi daripada Vanggey, (2) Kuah yg sedap (x dpt nak gmbarkan,korang patot try), (3) Suasana yg happening & penuh dengan orang & (4) bila aku makan dekat Yong Suan, aku rasa puas hati sangat2, macam ada 1 perasaan macam happy laa lepas makan and perasaan tu aku tak dapat kat Vanggey, barulah betul kena ganja, terserlah keganjaan dia. hahaha. All in all, aku bagi rating 5 bintang untuk makanan lunch aku harini, puas hati gile ah. Rasa nak pergi lagi lepas Raya nanti. hahaha.




salam Ramadhan




Pejam celik pejam celik, dah pun sampai bulan Ramadhan, sekejap je masa berlalu kan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih memberi aku peluang bernafas hingga ke hari ini. Rasa macam baru semalam je buka puasa iftar kat ofis sambil dibelanja mcD oleh abg Jai, ye laa kan, last year Ramadhan aku tengah intern...and rasa macam baru sangat berlalu. Aku harap Ramadhan kali ni aku lebih rajin bertarawih...InsyaAllah...Plan aku dengan nisak, kitorang nak berbuka kat masjid hari2, or senang nak panggil iftar. Ni memang favorite kitorang time puasa kat tanah gersang ni, most of the time akan iftar dekat masjid. So, harap2 nya misi kami berjaya, alang2 dah iftar tu nanti terus tunggu sampai tarawih sekali, kalo nak balik bilik dulu alamat tarawih aku pun ntah ke mana...haraammm...huhuu... So, to all muslims out there, happy Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa ye, jangan puasa yang yok jee...ingat Allah selalu & banyak kan berzikir, insyaAllah kita akan berada di dalam golongan yang diingati Allah S.W.T...Aminnnn...




Monday, August 9, 2010

Morning bebels





Morning2...hey bangun la wey. Dengar la aku bergebang ni. hehehe. Takde benda pun sebenarnya, saja boring sorang2 pagi ni. haha. Rasa nak pergi jalan2 je...tak nak biar fikiran terisi dengan benda bukan2 and duduk sorang2 dalam bilik macam a LOSERRR. hahaha. Sepatutnya aku ada class kul 9-10, tapi class cancel la pulak kan. Kalau tau semalam boleh pergi berjalan2 cuci mata. hehe. Oh2, hati dah okey sikit, tapi okey sikit je la, still worry kat MAI. haish. Aku je risau kat dia, dia risau tak pasal aku??? -undefined answer- haha. Tapi bila fikir2 memories balik rumah semalam and bestfriends aku masih ada di sisi hati jadi senang sikit, yes, you guys memang best, i love YOU!! Ok done with bebels. Nak pergi tidur la, boring mengadap laptop even wallpaper gambar buah hati. ;p ...chows...



Sunday, August 8, 2010

hati ku mendung..





Hello. Semacam mendung je cuaca hati aku hari ni. Haish. Payah la rasa macam ni, please go away bole tak. huhu. Oh ya, this week balik rumah, rindu bonda, and bonda pun ada buat kenduri sempena nak Ramadhan & tahlil. It was our 1st time to organize kenduri since we moved in there in 2004, so extremely excited even balik tergopoh-gapah selepas ability test on saturday. Tapi takpe, demi bonda tercinta, tak mahu beliau susah payah kemas2, balik kena naik bus lompat2 pun i sanggup. hehe. So the kenduri was awesome, berjaya mengumpulkan semua sanak saudara and bantai borak sampai pagi and tidur tunggang terbalik dekat ruang tamu, rasa dah macam nak raya. haha. And makcik2 kate, "ni dah macam nak buat kenduri kawin dah ni, haa sape yang kahwin dulu nih, kak ya ke banglong??" Ohh..cepat2 je aku tuding jari kat abang sambil selamba jawab, "kak ya paling awal 28, paling lambat 29.haha" Bolehh?? Hahaha.



Oh ya, cerita bab ability test tadi, test tu pun awesome gak. Takde reason kenapa ia awesome tapi aku gembira, tu je dapat cakap. Tapi ada 1 insiden yang turn off mood aku pagi2 buta hari Sabtu hari tu. This 1 lady dah la masuk test tu lambat, then dengan gaya separa datinnya datang2 pergi keletak keletuk mouse tu sambil membebel, "ape ni x boleh, macam mane nak bukak ni...bla bla bla" Ikutkan hati nak je cakap,"ko blah je boleh??" Tapi sebab mood aku baik pagi2, aku malas la nak tunjuk kekasaran aku kan, aku cakap, "komputer tu x boleh pakai tadi..." Then this lady yang sopan santun tahap Lela Manja pusing pandang aku, "hish babi la komputer ni" Hoiii akai ada ka, ko tuh dah la pakai tudung, muke boleh tahan lawa, ada rupa, gaya semua ada tapi perangai macam bangsat kan. Dah la kau pandang muka aku kut, kalau kau ada hal lama tak puas hati cakap... Dah mula la aku tak hormat orang macam ni kan, akai letak kat kepala lutut. After all, sorry la beb, i cant tolerate dengan orang yang xde moral, pakai sopan2 tapi perangai macam PKM. So, tolong la jangan wujud depan mata aku so that aku tak rasa sakit hati memaki hamun kau pulak lepas ni. Ok end of this. Lagi satu, tonite baru dapat tahu yang MAI nak buat operation tomorrow, buang apendix. Hoping for the best for him. Risau tu takyah cakap la kan, semoga nothing happen to him. Ehmm...GOOD LUCK!





Thursday, August 5, 2010



hey ya...kabare semua? tak de benda actually nak cerita tapi boring sgt2, malas nak bukak progress report dulu. hehe. So, rini 5th of August, meaning to say, lebih kurang sebulan lagi umur aku akan bertukar ke angka 22. Da tua da yek...ishk3. Untuk tahun ni punya birthday, xde la pape pun yang mengidam, n even xde wishlist pun. Malas nak fikir. Macam la ada orang engat birthday aku ye tak (oh, ayat ni ditujukan khas utk si dia yg jauh di mata.hehe). Tapi, abang ada promise nak bagi pressie for my birthday...rase excited pulak, cepatla abang dapat payment please please....


Update diri aku, macam biasa la kan, keboringan duduk kat utp ni toksah la cerita. Dengan segala mak nenek kerja nak kena hantar. haish. Tapi dalam busy2 pun, sempat lagi duk usha someone. Oh, cinta berputik kembali. Ewah.... hehehe. Actually aku minat dia ni dah lama dah dulu, tapi slowly calm down sebab something happen, but then sekarang kitorang rapat balik, tapi tak de la kamceng sangat kan, but then kalau aku jemput dtg makan2 tu, dia still nak datang la, alhamdulillah...tu pun dah cukup syukur ye tak. So, hari2 aku rasa nak senyum je sebab rasa dalam hati ada taman. Taman bunga ros kut...wangi lak tu. hahaha. And sekarang, petang2 aku rasa terisi, sebab aku sibukkan diri dengan futsal. Ritu turun saja2, tapi bila dah try sekali rasa gian je nak main kan, lepas tu kaki pulak mula la nak sakit2, ye la da lama kut aku tak bersukan since abes intern dekat bursa. So nak kena start la bersukan balik ni, menyihatkan badan serta minda. Yay, majulah sukan untuk mshanum!


Minggu ni ada ability test, hari Sabtu. Saya risau la. Abang depends dekat saya, macam kesian pulak kalau kecewakan dia. Ermm. Kena buat betul2...tapi hope abang tak marah kalau suddenly i failed. ishk. Cuak2. Oh, minggu ni jugak bonda & babah nak buat kenduri sikit, tapi macam mana nak balik, suntuk sangat masa...arghh...banyak nye nak kena fikir, malas nye nak buat timbang tara. eh, rase dah lama sgt tak guna ayat tu. hihi. oh2, resume saya dah siap, TADI! Rasa macam one step closer nak kerja, ishk, berdebar nye. Tak tahu nak fikir ape, nak kerja ape, nak buat lepas grad nanti...alaa...kena fikir lagi...malas malas malas. hahaha. Eh ok la, daripada aku melalut lagi panjang better aku chow. Erm, mata kuyu rasa mahu tidur saje. Ok nite peeps.




Sunday, August 1, 2010

1 August




Hello, August!!!
Ermm...sounds familiar je hari ni punya date. Oh ya.. my Bonda nye birthday laa...hehe. Rindu nya dekat rumah. Rasa nak balik je kejar2 bus balik cium tgn Bonda then naik bus balik utp balik. hehe. Tahun 2010 ni genap la Bonda kite berumur 53 tahun... So, kite doakan Bonda sihat selalu n sentiasa dimurahkan rezeki ye, kite syg Bonda sgtttt...muaahhss



HAPPY BIRTHDAY, Bonda...