Wednesday, February 10, 2010

Hari Entertainment!

Yehaa...memandangkan hari ini hari Rabu, ini hari aku declare hari 'entertainment'. Wayang pun diskaun derr...*follow cakap adnan sempit* Oh well, memandangkan wayang pun bagi free, so alangkah malu la kira nya uni di tanah gersang ini jika tidak memberi sebarang insentif kepada pelajar2 yang budiman semua. So, mereka pun menberi sedikit insentif berupa kelas separuh hari di mana kelas tidak la sepadat hari2 sebelumnya. yahooo!! So, aku dengan pantasnya membuat strategi. Strategi untuk "kita enjoy dulu" *follow Nora Danish dlm Puteri lak* Yeahaaa... Korang rasa2 aku nak pergi mana? Cepat2 teka..... Haha. Ala, of course ar Ipoh tapi ke mana? Ermm.. meh story sikit. Aku akan pergi bersuka ria di Sushi King weii...sebab teringin nak makan Soft Shell Crab Temaki. Terbaik gua cakap sama lu. Jap2, korang tengok pic yang aku dah google ni...








Haa.. meleleh la tuh ayaq liur... ishk3... ;p Sorry la pic aku sendiri dengan mende alah ni memang tak pernah nak ada. Sebab kalau aku pergi je terus lupa semua benda, n dalam kepala otak hanya lah ada "Soft shell crab temaki...waaa...sedap nyeeee" *ala2 upin&ipin yg berangan ayam grg die smbil terbang* So everyone, happy Wednesday k. Selamat berentertainment!

Tuesday, February 9, 2010

fikir terlalu ke depan...

Hello hello hello. How's your life going huh? Harap maklum, di tanah gersang sekarang sangat la teramat gersang nya, so cikHanum sangat tak larat n hampir putus asa nak ke kelas. Tapi, ku gigihkan jua. So, this week dah start all the labs and tutorial classes. Aku berjaya pergi ke semua class di atas n berharap sangat semangat rajin ni sampai ke penghujungnya. Amin...

Oh yaa, pasal cupcakes untuk Kak Sally tu, sudah di delivery pagi. And, Kak Sally dengan excited called aku time dalam tutor Data Mining pagi tadi. Ermm, lega tengok Kak Sally happy. Aku & Qeng pun happy jugak. Diorang la penghibur duka lara kami masa intern dulu. Oh, rindu nya mereka, teramat rindu. Ok, abaikan...


Tadi, aku sempat sembang-sembang petang dengan MAI. Aku cakap aku teringin nak borak-borak pasal kahwin dengan dia...

cikH : u bukan nya that type of person kan, nak kahwin pun lambat. :'(

MAI : Oh nak cakap ape?

*wow,sporting la pulak mamat ni harini ;p*

cikH : i nak anak! and, nak kahwin... haha...

MAI : errmm... ok let me make u clear about this. i bukan taknak kahwin, tapi i rasa i will more focusing on family first. u should do the same. focus on ur parents first. before we want to settle down everything, make our parents stable dulu. apa2 hal, stable kan diorang dulu. and for me, kahwin ni is expanding the family. so, if i want to expand, i'll get married, if not i'll just focusing on my family je. so, no need pening2 fikir pasal kahwin k, kahwin muda byk tak elok nya...

*mak aii, tak ley panjang lagi explain bang ooii...*

cikH : errmm... oh yeke. tp i nak baby. tu je. hihi... *terbayang pic di bawah*

*aku da xtau nak cakap ape, xde mood pun ada, kecewa menonggeng pun ada*

MAI : alaa... relaks la, belum masa nya lagi kan. sampai masa ada la k...? Time tu nak anak 10-20 pun takpe...

*sengal! Agak2 ar 20, 10 tu ok lagi. Haha*

cikH : ermm ok2...

*malas dah nak dengar khutbah. ^.^*

Errmm... Actually, aku takde la kesah sangat pasal all these things sebab aku pun tak tahu lagi jodoh aku dengan siapa kan, tapi saja menggatal nak tahu. Saja nak fikir orang besar sikit. Haha. So aku sometimes disagree dengan MAI ni, tapi ni lah dia yang sebenarnya, and sometimes i can't accept it. Aku nak ada keluarga sendiri dalam usia aku 25 tahun ke atas, and tak mahu la ada anak kecik time pinggang aku dah tak larat nak bongkok cam nenek tua. Bukan nye lelaki yang nak jaga pun, kaum ibu jugak yang terbongkok2, terkejar2 anak ko yang lasak tu. Tapi aku tau, MAI cakap tu muktamad. Agaknya, time dia dah kerja nanti dia nak tak tukar fikiran dia tak. Haha... *alaa, belum tentu jodoh aku dengan MAI pun. semua Dia punya kuasa. Dia Lebih Mengetahui*


~best siot kalo boley gebang2 ngn member2 citer pasal anak~




disclaimer : aku tahu apa aku tulis ni mengarut. so sila tinggalkan page ini seberapa segera n mind ur own business dude. ini hanyalah coretan hati aku sahaja. renung-renungkan dan selamat beramal.




Sunday, February 7, 2010

Resah ku...

Just got bak from Tesco station 18 with the 5besties. Errmm...suddenly i miss MAI...so much. Terasa nak pergi jumpa peluk cium je. Ok tu tipu. Haha. Tapi, knowing who MAI yang sebenarnya, obviously i won't get that chance. Nak balik jumpa CNY ni pun dia kata, "oh x sure lagi la, b balik ngan ibu, barang byk." chaitt, apa daa, anak mak betul! Kalau orang lain agak nya, korang dapat terima tak ada guy camni?? Nak tau jugak pendapat orang... pls pls... ada cara tak nak buatkan diri aku ni faham situasi dia??

Ohh..untuk cerita yang lain nya. For the very first time, aku beli maxi dress weii *phewwit* Brown in color. Quite nice tapi labuh sikit. Takpela, nak buat2 ayu angkat2 kain sambil jalan. ;p Esok, bermula la minggu yg membusykan bagi aku kut. Lab dah start, all kerja2 berkaitan FYP pun akan bermula. *jengjengjeng* Baru la rasa student final year wey. Haha. Berlagak ko ek makcik! Hopefully everything goes well. Aku risau jugak FYP ni, memandangkan aku kena ambil kelas programming khas untuk FYP terchenta, so aku harap sangat Rustam si PHD student pandai mengajar aku yang dungu bab2 programming ni. Ok lah, nak pergi buat kerja2 suri rumah...lipat baju, kemas bilik, kemas beg sekolah anak etc etc. Salam peluk cium semua. ^^

Wednesday, February 3, 2010

Ku rindu semua...


Oh hello semua. Today Wednesday hari untuk rest ye. Hari ini patutnya ada class but been cancelled, plus all the labs pun tak start lagi, so i rasa today is a public holiday yaww... Haha... Errmm...nothing much happen this week. Cuma i pergi tonton si Adnan Sempit lagi sekali which i sukarela nya akan tengok lagi kalau ada orang ajak. Hihi. Yesterday was my bedmate or bff time di Mozac nye birthday, yang sempat hanya lah wish di angin lalu. Happy Birthday MsPee. I love u babe. And tomorrow adalah birthday Kak Sally(bukan nama sebenar) di tempat intern aku dulu, plus Kak Sally pun akan pindah from that department which aku pulak yang jauh ni tersedih kejap(motipp??). Honestly, memang kitorang 1department rapat there. So, bila sorang dah keluar sure akan ada rasa sedih tu, plus Kak Sally adalah geng makan2 club kami. Hihi. So, bagi menceriakan hidup Kak Sally di hari kelahiran beliau, kami dah tempah cuppies from Kak Z. Order je kat sini senang nanti nak delivery, 1 office je. So, the delivery will be made on Monday. So hopefully best and Kak Sally suka. Oh ya, rindunya kat semua di Bukit Kewangan. I wish i had time untuk go there and meet them. Tapi tengok la macam mana, still dalam planning. So ni maybe the design for the cuppies. Btw, Kak Z nie punya fondant sangat terbaik, kerja yg cukup teliti sampai sayang nak makan. Tapi aku makan je. ;p




Monday, February 1, 2010

Sukan Badan Jadi SIHAT& KUAT!




Woot woot!!! Train nak lalu nak bagi khabar gembira. cikHanum kita pergi jog weii.. Salute!! Tak sangka mak, ko ni pandai jugak jog ye nok. Hiihii...



Pengakuan benar:-



"Sebenarnya saya malas nak turun jugak tapi memandangkan hari di tanah gersang harini baik, so saya jadi rajin nak pergi. Tu pun si ct, jehan n dibah yang ajak. Kalau tak, mak pun malas nok. Cipta rekod, mak pusing tasik 2round. Takde la hebat sangat macam pelari negara Watson Nyambek(ada lagi ke sekarang..?? ;p) tu kan, tapi enough la setakat nak memecah rekod sendiri. hihi. Now dah rasa nak tercabut kepala lutut. Hadoii.. badan dah rasa tua, oh tidakk... Mari bersenam kuatkan stamina lagi."



Tu dia... kata2 berupa kepoyoan cikHanum. ishk2... baru lari sekangkang kangaroo dah kecoh setaman bunga. Apa la derr... (tiru ayat adnan sempit!) K la semua, mari sahut seruan kerajaan untuk jadi warganegara yang sihat. Majulah sukan untuk negara!


p/s : i wish nak body like that girl dalam gambar tu (pic googled). *perasan!BOOOooo*



Sunday, January 31, 2010

MAI

Ermm... MAI is acting weird lately. Entah la, still tak dapat nak teka why he's acting like that. Marah2 tak tentu pasal n senang2 je nak throw all harsh words. He's treating me like 'maid yg lembab dah 3 hari tak buat all the chores'. I tak suka fikir semua ni. Menyakitkan hati tapi i kena fikir sebab ni membabitkan jiwa i. Why ek? PMS ke ape mamat ni. Now tengah blues mood sambil dengar lagu Saleem Tinggal Kenangan. All the lyrics related to me right now. Rasa mahu cry tapi i'm going to cry for him, anymore! ok tipu je tapi today malas la, dah tawar hati even nak fikir pun. Hope dia berubah balik secepat mungkin and i will just assume that he's having his PMS right now. oh touching nya lagu ni...rasa mahu makan je. opps, i lapar sebenarnya, baru bangun. ;p pagi tadi?? ala tak bangun pun. kesiangan gue. hihi.

-the lyric(credit to http://liriksemualagu.blogspot.com)-

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita

Kini Tinggal KenanganIngin ku

Lupakan Semua Tentang Dirimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Bintangku


Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku

Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh

Kini ku Coba Mencari Penggantimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita

Kini Tinggal Kenangan

Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Bintangku


Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku

Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh

Kini ku Coba Mencari Penggantimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita

Kini Tinggal Kenangan....

SENANG LENANG...

Puas!!

Sangat!!

Macam apa je kan ayat ni, hihi. Tapi yang penting aku puas. Today hari bersenang-lenang. Dapat lepas gian tengok Adnan Semp-IT dengan tma, jehan n ct. At first tak dapat sebab show almost full, tapi try jugak pandang2 jeling2 PLUS merayu kat abang si penjual tiket wayang untuk dapat kan tiket yang orang reserve tapi tak ambil, atlast berjaya jugak. Yay! Abang tu sangat 1Malaysia. Saya suka abang! And seperti reviews pencinta movie yang lain, movie sangat best. I suka part si mamat karaoke tu, orang tengah sedih2 pun nak continue nyanyi lagi. Tak boleh blah. Rating?? I nak bagi 9/10. Kenapa 9?? Sebab i nak cerita ni lama lagi n sambung lagi cerita, macam tak puas. Hihi. Lepas tengok cerita ni, plan lain pulak terpikir which is we should go to karaoke and melalak tak henti2 there. And we did it. 132 songs in 2 hours. Memang marathon tak hengat sampai tekak PLUS suara hilang. Haha. It was a blast night, seriously. I think this is the time i should spend with my friend semua, after this dah kena concentrate dengan fyp. So tu saja la kisah gumbira untuk hari ini. Sangat happening. Thanks untuk my friends. Oh esok pagi around 7am ct nak ajak saya joging, tapi now saya masih tak ngantok, macam mana ni. Tak pe, bak kata Adnan Sempit "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway...yihaaa" ;p

Saturday, January 30, 2010

Hidup & Mati

Aku terpanggil untuk share pasal kisah this guy from Kedah. He's a friend of abang MAI, abang Amir. At first, this guy ni(named Asyraf Afif if i'm not mistaken) got fever PLUS diarrhoea. Mula2, cerita ni mak MAI yang bagitau aku, but then bangun je tadi MAI bagitau asyraf ni dah meninggal. Innallillah. Terkejut aku. Baru semalam dengar cerita pasal dia, now dia dah pergi selamanya. Ajal maut di tangan Allah Yang Maha Kuasa kan. Akak MAI cakap that simpton is for taun and according to mak usu, taun ni penyakit umat akhir zaman. So, meaning to say, kiamat kian dekat. Hanya amalan je yang mampu kita buat untuk mempersiapkan diri menghadapi Hari Ketentuan itu. Renung2 kan lah dan selamat beramal. Haha. Oh ya, kat bawah ni, some comments yang aku copy from FB untuk memberitahu keadaan asyraf ni. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.

10:02am(29/01/10)

asyraf masuk wad kecemasan pukul 6.30ptg rabu, keluar dr wad kecemasan asyraf dibantu kerusi roda utk bergerak dan hidung dimasukkan iub.. waktu pict ni di ambil asyraf masih boleh bercakap, stabil, xda symptom bahaya lagi.. cuma bdn dia lemah sbb muntah2 dan xmakan...dia masih boleh berdiri dan berjalan skit2..

10:14am(29/01/10)

Keadaan asyraf lemah.. lepas keluar dr wad kecemasan pd 6.30ptg rabu, doktor masukkan tiub dlm hidung dia utk buang kotoran dlm badan.. lepas pasang tiub tu..badan dia bertindak balas... simpton sakit dia bertambah jelas... x-ray dilakukan 11.15mlm menunjukkan ada jangkitan kuman pd organ.pukul 3pg buah pinggang xberfungsi dgn baik.doktor segera buat dialisis.pukul 7pg dia sesak nafas,guna alat bantuan utk bernafas.. bila pasang alat bantuan dia batuk berdarah..doktor segera tanggal dan bius utk xsedarkan dia..doktor segera buang darah dlm badan sbb dh dijangkiti dan gantikan darah baru... keadaan ni yg buatkan asyraf lemah dan masuk ICU. dia kritikal masa proses awal pemindahan darah. kesian tengok badan dia penuh dgn wayar dgn mesin..bila dh petang tekanan darah meningkat 60-78.. kdg2 naik kdg turun.. dia masih lemah.. badan dia dh nk bengkak.. sedih sgt tengok dia mcm tu.. kawan2 doakan dia selalu..buat solat hajat utk dia, baca yassin.. dia xsedar lagi-akak acap