Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha


































Salam.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semuaaaa… ;)



Okay2, i tahu dah lambat dah nak wish n post entri bout it, but nak buat macam mana kan, internet di toronto ini sangat la lambab macam siput sedut...sup supp bunyi die... huhu. Tapi, orang kata kalau niat tu dah ade dah bagus dah kan, so publish je la entri yang dah basi ni, sudi2 kan lah membaca... :) Ha macam mana ibadah korban tahun ni? Apa pengorbanan terbesar yg dah dibuat? Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 yg sebelumnya kan… InsyaALLAH.



Dalam pada semua sibuk2 nak balik kampong beraya sakan, aku tersadai kat tanah gersang ni menyambut AidilAdha yang mulia di sini. One word: SAYU!.... Tapi ape kan daya, aku ada paper finals hari ni. So, nak taknak, terpaksa la melepaskan makanan2 yg lazat lagi enak nun jauh di kampong ku… huwaaaa… huhu. Tapi, bila pikir2 balik best gak, dapat gak merasa beraya di perantauan…kata duduk kat TORONTO…opss… ;P

So memandangkan ramai rakan-rakan senasib pun tersadai kat tanah gersang ni, kitorang pun plan nak pergi bercuti. Ke PANGKOR. Yippieee… “I smell something fishy. ;D” Ye ye, kau orang sedap2 makan ketupat dgn rendang, kami nak pergi bawak diri pergi bercuti, cuti-cuti Malaysia…sahut seruan kerajaan tuu… hehehe. Tapi kitorang pun taknak kalah, ada gak juadah hari raya…"makan nasi impit dgn serunding"…niceee~




let's enjoy the piccas... :)



the JOURNEY just about to begin...



one rule: STOP & SNAP!


we show our love by flying the kisses all around there...mmuahhx





the food...




the facial expression...PRICELESS!





first activity...SNORKELLING! yummy...




camwhoring+photoshoot...




when we're otw bak to jeti Lumut...one word: PENAT!



So....did i say that i HEART pangkor so much!!!






Wednesday, November 3, 2010

Sakit di minggu2 terakhir...






*achoomm...*





Sorry ppl, i'm having flu rite now... Well, dah dekat nak habis ni macam2 sakit yang datang.




Last month i demam kan, but without the flu. But since yesterday...i'm having a fever together with the flu, cough and sakit2 badan. Rasa nak baring je tak nak buat pape. Tapiii....there's a lot of workloads yang menanti. And pagi tadi datang lagi satu which the dateline is tomorrow. Haiyoo...sempat ke nak buat ni. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini...Amin.




Eventho i tengah sakit2 badan, right now terpaksa bangun sebab sebentar lagi ada presentation Financial Accounting subject. Fuhh...hope i can do it. Gambatee!! hehe. Ohh..and tonite our batch Grand Dinner at Colliseum Ipoh. Ermm. Sure x de mood nak bersosial... But it's okay, let the others have fun. Okay, emotional dah sebab lepas ni tak jumpa mereka2 lagi... T_T




Apa2 pun, i love u guys n girls a lot!!!




Ok dah, need to siap2. chiaows... :D





Saturday, October 30, 2010

Berita mutakhir...







Berita mutakhir… Dah tahu ke keputusan finals Piala Malaysia… Kelantan menang!!! 2-1… Woot woot… Congratz guys. Bagus laa sebab kamu2 ada advantage pemain berpengalaman macam Hairudin Omar yang memang dikenali dengan tandukan bola dari segenap pelusuk tubuh badan dia. Tahniah2… :D To Negri, Well Done GUYS…love YOU!!! Even kamu2 kalah, tapi tetap menang di hatiku. Aku follow bola dah lama, membesar dengan bola, so even tak menang, tapi aku bangga dapat tengok macam pasukan Negri naik dari dulu. Thanks to the kembar, Aidil n Zaquan. Tak sabar nak tunggu next kembar beraksi. Takpe2, korang training dulu cukup2…pergi keliling stadium Paroi tu 12 round hari2, confirm korang power macam Aidil n Zaquan. Hehehe.




Oh oh, I wonder why on earth boleh ada mercun n botol air dalam stadium ek…bukan FAM dah kata nak check betul2 ke before masuk stadium. Ke FAM pun kena b*y*r tutup mulut…?? Jeng jeng jeng… Tapi apa2 pun tak kesah laa kan, korang pikiaq laa sendiri. Kalau kau orang pikir lawa sangat nak main mercun tu, silakan. Jangan nanti ada yang berbunuh-bunuh, kau orang jawab sendiri dengan Allah. Allah bagi kita fikiran untuk berfikir tapi kau orang letak dekat kepala lutut…tak ke lawa tuh kan?? :D Last but not least, salam 1MalaysiaPeace NO WAR!!!





p/s : to Aidil n Zaquan, get well soon... Hope the injuries not a major one! Amin... :)




Cari kaunter pertanyaan...?? Carilah saya...


Malam2 yang bosan lagi sejuk ni alangkah indahnya kalau dapat lelapkan mata, tapi mata aku taknak jugak lelap2. So, end up, aku pergi belajar French. Pakai google translator je…basic2 words boleh laa kan, tapi ada jugak yang tak betul pun (yg mana aku tau laa.. ;P). So, solution kena tanya orang yang pro French. Oh, memang aku pro woo…dia blaja kat youTube je rupanya.Takpe, alang2 tengah semangat berkobar-kobar ni, nak jugak laa belajar. Hehe. Sedih betul banyak dah lupa, padahal dulu cakap French bukan main kan, siap pergi exam bagai… Sebab tu laa orang kata “practice makes perfect” Dah kalau kau tak practice macam mana nak perfect hanum ooi. Sekeh kang. Eh emo! Hahaha. And, aku rasa hari ni aku jadi information counter or yellow pages laa pulak. Malam tadi IRFAN tanya aku apa tempat best kat Perak bla bla bla mintak suggestion aku, then lepas tu DANIAL minta aku carikan kalau ada kerja2 kosong bla bla bla, and baru ni beloved kazen aku yang sorang ni AJIM mintak pendapat pasal universiti kat UK. Agak2 nya kau orang engat aku ni ada pertalian darah dengan menteri ke wei sampai aku yang paling layak bagi jawapan kan. Hahaha. Tapi rasakan, aku bagi opinion aku sehabis baik laa, terpulang kat kau orang nak percaya or tak. To my beloved kazen AJIM n NONI, tolong laa pergi belajar di luar negara sana ye, aku nak pergi melawat kau orang or ada rezeki aku nak menyusul. Lepastu kita boleh buat gathering kazen2 kat oversea weii…nice kot! Hehe.












p/s: Tengah boring2 tadi saja gatal2 nak selongkar video2 lama, lepastu terjumpa video si Ammar. Kelakar je nyanyi merapu lagu Pencinta Wanita. Masa ni dia masih adorable n kecik lagi. Now, dah semakin senyap n his English vocab lagi hebat drpd aku. Gile ah…patut ke aku join Ammar tengok kartun jugak untuk vocab aku sehebat dia?? Hahaha.






Friday, October 29, 2010

frust+lapar+hati panas...








Malam sudah… ;D Ermm, penuh dengan berita2 frust je malam ini. Tadi, pergi order tosai tapi end up tak menepati selera saya, so sekarang saya lapar. T_T Lepas tu dapat email kata esok ada futsal la pulak. Esok nak main malam ni bagitahu…boleh?? Huwaa..ape ni…nak saya pengsan tak cukup nafas ke?? Demm ahh… Lepas tuh saya tak dapat tengok finals esok. Sh*ttos! Kawan2 somban, tolong tengokkan k, lepas tu update kat aku satu-persatu, every 5 minutes. Hahaha. Aku doakan korang2 dapat tiket. Ape daa tiket habes, end up stadium x penuh, camne nak maju camni. Haishh… Ok, aku rasa aku dah makin kronik, hati makin panas, baik tidur. Even tengah lapar, tidur je laa…jangan sampai aku maki kat muke kau orang sudaa…jangan cakap dengan aku kalau sekadar nak menyakitkan hati. Ok Selamat Malam sayangku (bak kata faizal tahir…)











penentuan...









Rasa hati berdebar-debar nak tunggu esok. Bukan sebab sukaneka, bukan sebab lain, tapi sebab ini....










Huwaa....Esok finals Piala Malaysia..!!!!








VS











Bestnya kalau ada dekat rumah, boleh sorak2 riang. Kat sini nak tengok dengan sape… T_T Hish. Frust menonggeng i. Huhu. Tapi, apa2 pun, Good LUCK to skuad Hobin Jang Hobin. Buat terbaik ok. Aku tak kesah menang atau kalah, tapi janji main dengan semangat kesukanan. No GADUH2 ok…tak cool habes kalau kau berantakan. Baik aku layan WWF kalau kau orang nak gaduh. So not professional! Untuk barisan pertahanan, kuatkan banteng ok. Kekalkan prestasi separuh akhir ritu. Oh, nota khas untuk Sani Anuar Kamsani, toloooongggg laa jangan buat silap lagi please… Kalau kau buat silap lagi aku paksa N9 tukar kau next season. Wahaha…macam laa berani nak pergi cakap suroh tukar kan. Hihihi. Maaf Wan Jamak, terambik tugas u pulak membebel2…hahaha. Apa2 pun, DO YOUR BEST NEGERI…HOBIN JANG HOBIN!















p/s : Rindu nak sorak terkinja-kinja macam Separuh Akhir haritu eventho aku sorang je yang tengok… Haha. Oh, sapa2 yang kat tanah gersang ni nak pergi tengok kat mapley ajak aku…aku nak join!!! Ok x sabar nak tengok si botak (alamak x engat nama) dengan Shahurain beraksi... :D










Dan bila ESOK...



Hello Fridays… oh, Hello too to those who are reading this post!





Ok, I’m done with my 2nd assignments of the week. YAY!!





So, by now, I have to concentrate on the next week’s assignments pulak. Masih banyak! *sigh*





Oh, tomorrow’s would be my sukaneka day, eh not me je, for all IT/IS batch July’06. Ini adalah sukaneka yang pertama & terakhir buat kami sepanjang 4tahun setengah duduk dekat tanah gersang ni. Anndd, I’m really looking forward to have fun ESOK!! Eventho masa kecik2 dulu dengar je sukaneka macam fobia, sebab I’m not really into sports or parties or whatsoeva sebab my family especially my Wan sangat laa menjaga cucu dia ni sampai kan nak pergi mana2 pun kena berteman or tak boleh langsung!.. haha. So, sekarang ni dah tua bangka baru lah nak try n terkinja-kinja kan main itu ini. Pity me. Hahaha. Oh, and ada satu lagi event yang sangat menggetarkan jiwa esok, tapi terpaksa melupakan hasrat di hati. It’s a preloved sale by 1 of my favourite blogger, Jezmine. Huwaa… Sale kot!!! But nevermind, kena tahan nafsu. T_T Or, maybe next time… ;P





p/s : tomorrow MAI finals, his 2nd paper. So, goodluck B!! Opss…sejak bila panggil MAI dengan panggilan B ni…macam “hubby” pulak. ;P Haha. But this B is definitely different meanings from B that I used to call him before. This B is for B.R.O.T.H.E.R! Yeahh…we’re brother n sister now remember.?? So, my beloved brother, do your best okay! My prayers always with u and ur name n ur family still be in my prayers, now and forever. :)


Salam…