Thursday, February 11, 2010

Rehat mingguan...

Oh dah hari khamis dah kan today. Aku suka hari khamis, sebab esoknya jumaat, dan esok esok nya sabtu, dan esok punya esok punya esok nya adalah ahad. (brape banyak esok daa..) Dan ini bermakna, hari "rehat mingguan" sudah sampai. yehooo!!! Tapi minggu ni cuti 5hari, cuti CNY. Fulamak, terbaik! Harus la aku balik ke batu Seremban kan, melepas rindu dendam aku yang dah lama sangat tersimpan dalam kalbu ni. Bak kata lecturer International Finance aku, "Kalau korang tak balik, toksah ngaku Malaysian ar, korang ni tak 1Malaysia langsung!" Fuhh, memang smart la bro, sayang u lebey la. Class pun cancel, confirm u ni 1Malaysia. haha.

Oh, tadi jumpa PG student yang sepatutnya assist aku nye FYP sebab sepatut nya projek yang aku buat ni adalah projek dia. So, dah jumpa aku dah cool down sikit. Buat pengakuan hati-ke-hati dengan si rustam ni, and dia pun banyak bagi support jugak, siap bagi coklat lagi. haha. Klaka2. And, doa aku hanya satu, semoga aku dapat siapkan and dapat graduate dengan cemerlang. Bak kata luke, "ala engat 1 je anum, kita buat fyp ni sebagai tiket kita utk grad." Ye memang betol. Aku buat FYP ni pun sebab nak grad je, lepas tu taknak pikir2 dah, semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

So, aku akan balik kejap lagi after class PCS bersama nisak, ctk, jehan dan nisha. Hopefully jalan tak jammed and sampai KL awal, boleh la rest sikit. Oh ye, birthday MAI hari Rabu minggu depan(17Feb), tapi i haven't decide what to give him. Plan awal aku nak bagi frame gambar, tapi aku tanya simpan frame gambar tak, die jawab tak. So, aku malas nak bagi kalau tau takkan dihargai. So tengok lah kalau mood aku baik, aku beli lah something else, if not aku tak bagi langsung, senang crite. And aku ada plan "baek punyyee". Aku plan tak nak wish and nak lupakan je birthday dia, hahaha, ok aku tau aku jahat. Tapi tu masih dalam pertimbangan, tengok la macam mana. Still depends on my mood. Haha. OK, so nak pergi kemas2 beg and pergi ke kelas, mood saya sangat baik hari ini, sebab esok saya akan sampai di rumah. Oh!! "Rumah ku Syurga ku" I miss you home. And to all the chinese, Happy Chinese New Year!!!

No comments: