Wednesday, March 31, 2010

Mimpi ker ni...?

Haha. Rasa macam mimpi je sekarang. Sebab baru je semalam i dreamt of *A* and then *A* said, "Takpe, japlagi i msg k" Suddenly after Maghrib tadi he msged. Wah, what a dream. After so long... At first i tot it is a good sign but totally i'm wronged! Eventho it's hard for me to accept at first but *A* managed to convince me. Takpe, takde rezeki etc etc... So here i am. Being officially ur msHanum with a new spirit(i hope...) Since now i'm the one who controls everything, i'll try not to mamai2 and blur lagi about everything. I have to stay focus. Yes FOCUS!! Tadi pun pergi Technology, Education & Career Fair here in UTP dengan harapan ada kerja or prospek yang bagus, and luckily there are some but not that much. Tapi at least i have to set my GOAL from now. Yes, i must do it. Nak pinjam quote yang aku dapat kat buku FELDA HOLDINGS jap.

"Free your mind and let your ideas flow. Surprise yourself. You never know where it may lead you...."

Yup, definitely agree to it. Kita sometimes tak sedar yang kita ada good brain. Kita selalu cakap "tak boleh...", "aku kan x pandai..." etc etc, tapi kita x sedar sebenarnya yang kita ada talent kita sendiri. Everyone has its very own talent. So possess it and release it to the world and the world will smile at you and congratulate you. InsyaAllah.

Semangat baru...

Baru sebentar tadi mensettlekan perkara yang dah lama tergantung... Well, we've come to our final decision. We're not going to continue it again, we want to move on...slowly! Yes slowly. I think it is best refers to me,because i know *A* can handle it through no matter wat. So now we're friends, because i insist it. Then *A* said, "ok you can talk to me as long as it's not personal" So yes, thanks to you FRIEND. I akan sesuaikan diri selepas ini. Hurm.

Saturday, March 27, 2010

Alice in Wonderland & accident...



Hello peeps. Kabare(orang Jawa cakap 'apa khabar')? Just got back from Ipoh. Well, the main reason why we're going there because need to fetch Nisak yang berpergian ke KL atas urusan dating. hehehe. Yup, nisak kwn saya dah berpunya dah pun, almost nak kahwin, somewhere around next year mungkin. Oh tidak2, bukan nak cerita pasal Nisak. Saja je nak melalut2 kasi panjang ini entri. hehehe. Well, alang2 dah pergi Ipoh, kitorang pergi tengok movie. Alice in Wonderland. Pergi pun sebab CT ada tiket free. Yay, many thnks!


-image googled-



Overall, cerita ini sungguh menarik hati. All the way gelak2 gembira, sebab most of the character sangat funny. Make-up yang Johnny Depp pakai pun sangat cantik. So adorable. So, i'm really satisfied, atleast terhibur rasa hati. So, it's recommended for those yang tak tonton lagi. And malam ni jugak, macam2 pengalaman yang terjadi sepanjang kami di jalan raya. Pergi tengok autoshow(lalu lalang je...), nampak accident di depan mata(org yg kne langgar menggelupur...) and almost involved in an accident(kami dan kerbau...) pun tadi. Accident dengan kerbau yang tiba2 nak melintas. Fuhh, kus semangat. Alhamdulillah nothing serious happen, cuma kami kena stop dekat tepi jalan sambil tenangkan hati n mengucap syukur apa yang patut. Takpe, semua tu pengalaman. Apa2 yang terjadi untuk tolak bala yang lebih besar. So, alhamdulillah ke atasNya. So, peringatan kepada pemandu2 di Perak, always beware ketika memandu di lebuhraya Ipoh - Lumut(jalan depan UTP) ye...kerana kalau ada bernasib kurang baik, anda akan berpeluang terjumpa kerbau bersama rakan2 nya yang tengah bersiar-siar. So jangan pandu laju, stay within the speed limit ye. Ingatan ikhlas dari cikHanum yang hampir kemalangan.... Nite all... ^^




-image googled-

Thursday, March 25, 2010

How to treat Gastric trouble and Acidity?

Update pasal my epigastric pain, well pandai giler si hilmy tu guess aku sakit ape. Hari isnin haritu aku pergi klinik nak tanya pasal my sakit ni, then aku curi2 tengok ape doktor tulis, woahh...betul la.... "epigastric pain" Fuyyoo...kagum jap. Haha. Tapi yang sedihnya, aku kena stay quite a while dengan doktor tu sebab dia bagi ceramah kedoktoran dengan aku. Jangan makan pedas, cut down ur stress, stress can leads to all illness, u cannot stress bla bla bla... Okey doc, i understood. Lepas ni i akan pakai banner anti-stress and mengamalkan cara hidup anti-stress ok! See2, now i tak stress pun... Siap karok(depan lappy je... ;p) lagi ni... Haha... So last Sunday jugak ada my old friend pm fb aku. Oh my, awat la dia ni ada lagi sangkut paut dengan hidup aku. Takpelah, layan kan je, bila dia tau je aku sakit, terus dia bagi 1 artikel ni yang aku rasa berguna la jugak untuk aku. Dalam hati, "berguna jugak ko ni...hehe" So, aku pun nak kongsi jugak la kat sini, mana tau boleh digunakan besama kan. Thanks to him and thanks to sape2 yang wrote this article. Kudos!

How to treat Gastric trouble and Acidity?

  • Acidity can be a result of defective digestion or stress. It is the accumulation of liquid inside the cavity. It is a common problem; it may be associated with overeating, constipation, menstruation, food allergy and certain diseases.
  • Sleeping after meals doubles gas and acidity that increases burning and sour sensation.
  • Drink hot water after meals for easy digestion, it is also good for weight reduction.
  • Include ginger, mint leaves and garlic in your daily food. These are good for easy gas and acidity.
  • Reduce daily intake of coffee and tea. Drink enough water every day to keep you healthy.
  • Avoid eating sweets after the meals and stop drinking water after eating sweets.
  • Include fruits in your morning meal. Fibers and natural supplements help to retain energy and overcome acidity related problems of the stomach.
  • Avoid factors that make stress. Do not forget that stress is a reason for many diseases and controlling stress is enough for curing many diseases.
  • Avoid spicy foods, vinegar, black tea, chocolate etc. these are a reason for gas and acidity.
  • Drinking coconut water daily is good for gas and acidity.
  • Eat vanilla ice cream or drink a glass of cold milk to get immediate relief from gas and acidity.
  • Take one piece of clove and chew it slowly. This is a good way to give you relief from acidity within minutes.
  • Take a piece of ginger and chew it with little bit salt. This is good for immediate relief from gas and acidity.
  • Avoid raw vegetable salads like onion, cabbage and radish. These are acidity generating vegetables.
  • Place a piece of jaggery in the mouth and suck it slowly, till acidity settles.Chewing basil leaves is good for acidity.

Mar sayangs...ImissYou!

Suddenly, teringat pada ex-roamie yang tengah intern right now. Rindu nak bergossip sakan. Kalau dia ada right now dah lama kitorang pergi jalan2 sambil ambil angin malam. Aduh. Rindu bangat. I need a cure. I need a make over. I need my strength back. I need everything that i used to have before. Someone ever said to me "You are weak! Always nak depend dengan orang...be on your own. Jangan jadi stupid." Okay, now u dah jadikan i sorang2, i akan accept your challenge.! Don't ever call me stupid again if i can managed to stand on my own, deal??

Wednesday, March 24, 2010

I'm Officially....

I'm Officially....

_ _ _ _ _

_ _ !!!

Nak cuba pertandingan isi tempat kosong...?? Ha sila2, tapi hadiah takde la kan. Hehe. Well, tak tahu lah perasaan dia macam mana. Macam2. So malas nak cerita kat sini. Let's start a brand new day starting tomorrow. Malam tadi baru je habis test CE - Corporate Ethics. Ok lah, jawab mengikut kehendak soalan cuma tak tahu lagi kehendak lecturer ni sama tak dengan kehendak aku. So tawakal sahaja. Siang tadi aku n rakan2 dah pergi beli tiket Laketown Resort. Ada promotion. RM39 untuk waterpark combo pakej yang boleh masuk waterpark, ecopark, orang utan island, chairlift or skycycle. Harga sebenar RM55. So kira murah la kan dapat RM39 tu. And aku?? Tersangat la happy nya. Sebab?? Sebab aku dah tekad final year aku dekat tanah gersang ni aku nak pergi semua tempat2 pelancongan/makan2/menarik/bersejarah dll kat area2 tanah gersang ni. Mana tahu x dapat nak datang ke tanah gersang ni lagi kan. So atleast ada la kenangan nak diingati. Ada beberapa tempat yang kitorang plan nak pergi, antara tempat2 yang menjadi pilihan hati :

  1. Bukit Merah (nak peluk2 manja orang utan)
  2. Caving di Gua Tempurung
  3. Sg Kelah (jakuzi air panas)
  4. Pangkor (mandi manda & ikan bakar..nyummss)
  5. Cameron Highlands (pasar malam yg best)
  6. Penang
  7. Pulau Langkawi
  8. Kuala Kangsar (muzium & tmpt bersejarah)
  9. Dll (masih dalam perbincangan)

Ermm, so ni antara2 tempat yang kitorang terfikir nak pergi. Maybe list akan bertambah or berkurang mengikut peredaran masa dan ketika. Bestnya, tak sabar. Lagipun doktor advise aku should cut down all stress. So, aku rasa melancong tengok tempat2 baru macam ni mungkin boleh membantu serba sedikit. Hopefully... *sigh*

Monday, March 22, 2010

OPEN 24 Hours...konon!

Aku sebenarnya jarang nak marah2 orang selagi mood aku tengah dalam keadaan stabil n tenang. Tapi ada gak certain times yang terlepas tu kan, sorry la pada yang terkena, wrong time la tuh maknenye. Hehe. Tapi ni aku nak habaq ni...orang2 jaman skrg nak berniaga, kata OPEN 24 hours....TAPIII....tulis kat luar kedai 'Lunch Hour 11.30am - 1.30pm' Awatnye?? Aku dah lerr mnunggu kau sehari suntuk, sampai sakit2 aku ni dah nak hilang dah, tapi kau buat janji2 kosong ek... Hish, menyirap je... Nasib la aku dah makan sikit pagi tadi, kalau tak mahu je aku maki sebakul dua. Kan ke lagi sopan santun kalau kau tulis kat luar tu 'OPEN 24 hours EXCEPT LUNCH HOUR 11.30am - 1.30pm'.... So, orang faham la kan. Haiyooo....takpelah, dah fed up dah, takmau jumpe kau lagi, baik aku makan hati je kat bilik lagi cepat baik sakit aku ni... So sekian!

Sunday, March 21, 2010

emo KATA HATI ku...

Waktu emo aku dah sampai! Ye, aku nak berKATA-kata apa yang terbuku di HATI ini. Bak kata lagu In-Team..."di hati ini,hanya Tuhan yang tahu..." Aku harap emosi aku tak mengganggu sesape yang baca ye. Ehm...mengenai perkembangan sakit dada aku, tadi dah beransur pulih, tapi datang balik malam ni. Ehm. Mungkin banyak lagi dosa-dosa aku yang tak terhapus, sebab tu sakit datang bertimpa-timpa ni, takpe, aku redha...cuma kalau dapat ubat nak kurangkan sakit ni aku lebih mensyukurinya. Tadi call mak MAI, kita sehati sejiwa sebab demam bersam-sama, wahh, sweet nye...Haha... Oh,dah dapat solution baru nak kurangkan sakit. Tadi member aku cakap sapu minyak panas, tu pun dah buat dah, masih sakit. So, tadi abg MAI kata minum air soya bean 1kotak besar. Nasib baik aku memang beli air soya, cuma x minum je, so misi aku malam ni...'Minum sampai habis 1kotak air soya bean' wohoo...Semoga berjaya ye. Kalau menjadi la petua ni, memang i sayang u lebih la Abg A, more than i sayang ur adik tu. Haha. Ok mood gatal la pulak dah maii... Yerp, better sayang abg daripada syg adik. Kalau syg adik dia wat membazir je syg aku tu campak dalam tong sampah. Ciss. Kalau syg abg berbaloi sikit, bulu mata dah la panjang macam unta, muka pun macam Bollywood, sejuk je mata memandang. Haha.

Disclaimer : entri ini tiada motif yg tersirat. cuma wengs penangan shabu semalam masih x hilang, so harap dimaafkan. Penangan shabu akan diceritakan kemudian.sekian.

Epigastric pain...ko tau ke??

Since tengahari semalam, bahagian antara perut dan dada aku jadi senak tiba2. And it continues until now. Cuba2 tanya kat member aku yang keje hospital, dia kata aku maybe kena 'epigastric pain'...ape kejadah nye tuh??? Haha. Tu lebey kurang macam gastric la...either truk @ yg biase2 punye je...Ceceh, pandai je aku explain kan...

Simptom2 aku:

  1. Sakit dada yang terlampau sampai nak cakap pn sakit
  2. Sesak nafas/sukar nak bernafas
  3. Nausea

Solution nya, aku kena jumpa doktor nak ambik ubat angin n reconfirm sakit aku ni. Tapiii...masalah betul kalo duduk dekat pekan koboi ni, hari Ahad semua kedai tutup. Dengan klinik pun tutup sekali. Nape, ari Ahad pun ari cuti daripada sakit ke? Hadoiyaii.... So, aku kena la tunggu klinik Universiti Tanah Gersang ni esok. Masalah aku sekarang, aku tak boleh baring, kalau baring dada aku jadi lagi sesak n sakit. Hope nanti x serius sgt la aku nye sakit ni, n hope dapat medicine esok trus pulih seperti sediakala. Amin. Ehm, bagus jugak ada member yg ala2 doktor ni kan...tapi kenapala ko xde simpan ubat dia skali, kan senang aku dtg jumpe ko je pakcik Hilmy ooi!

Thursday, March 11, 2010

whaattt??...

Jam dah pukul 1230, which means lagi 30minit nak ke pukul 1. Eh jap2, test IFM aku pukul 1 jap lagi laaa.... whaattt?? Opss... nak buat2 lupa boleh? Haha. Saya dah stop membaca. Dari semalam membaca tapi tak lekat. Banyak makan otak udang ke aku ni? Ke banyak main s***n? Eh tu laki je ar... Ishk3... Rosak anak2 muda sekarang. Huhu... Alaa... Dah tak mampu dah nak baca, aku sekarang badan je ade kat sini, tapi hati aku semua dah sampai rumah dah. Nak balik... Tak sabar nak habis test, then nak jerit "Yay, Merdeka!!" Dah macam final exam la pulak kan... Argh, aku tak kesah.

"Bilik yg terchenta, tunggu aku ye, nanti kite spend time together..berdua jee..."

;P

SPM result!

Oh! Baru teringat, my cousin told me that SPM result will be OUT tomorrow. Yippiee... Berdebar for her. Hopefully u excel with flying colors girl. Tak sabar nak dengar berita gembira esok. ...^^...

Wednesday, March 10, 2010

sayang,geram,benci dan sayang kembali...

Hidup tidak semestinya indah. Aku tau tu. Hakikatnya, hari tidak semestinya cerah hingga ke petang, mungkin hujan di tengahari. Tapi kat tanah gersang ni, langit cerah je selalu, tak hujan2 pun. Hihi. Ehmm... Dan aku, aku masih hidup dalam dilema perhubungan yang tak berkesudahan. Dia mengucapkan kata "menyesal". Ok, aku sentap. Takpelah. Hidup ini bagaikan roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Dulu dia suka, kini sudah tidak lagi. Dulu aku benci, kini dah menjadi sayang. Aku selalu berpegang pada kata2 ni, "Sayang orang yang sayang kita, bukan sebaliknya..." Ya, betul... Kalau kaum Adam dah tak suka, kadang2 kaum Hawa macam nampak terhegeh-hegeh mencari cinta pula. Oh, tidak... Mintak dijauhkan. Aku masih ada pendirian yang tak nak terhegeh-hegeh seperti melukut di tepi gantang. Rasa nak nyanyi lagu Melukut di Tepi Gantang by Aisyah je rasa, bajet lagu tema mood harini. Haha. Argh... Benci rasa ni. hish. Rasa geram sangat3. Rasa nak makan banyak2 and nak pergi tempat yang boleh releasekan tension je. Ehmm... Benci kamu, tapi at the same time, sayang n rindu kamu sangat tahu!

new Addict...

Walaupun masing2 busy dengan tests, presentation and FYP, hiburan itu tidak harus dilupakan sama sekali. Cuma sekadar pelepas tension je, jangan over sudah la kan... So, we have a new addict. Seyes meletop. We found that our real entertainment now is karaoking... Haha. Seriously layannn... A week before, we went for karaoke, 5 of us... Saje2 takde kerja. Lagipun, Nisha tak pernah berkaraoke sebelum ni. So plan nak menjerumuskan diri cikPuanNisha ni ke lembah karok yang tidak bertepian. Ewah ayat aku... ^^

So, now, kami dah jumpa sahabat sejati nak berkaraoke. Anytime, anywhere. Nisha pun dah mula suka. Dah siap practice katanye... Lagu Alicia Keys... Mak aii, hambik kau. Tak boleh nak vogue lagi lagu. Kang Alicia ke mane, key suara kau ke mane dek non oii... Haha... Oh, Nisak juga, wahh3, sekarang dah taknak lepas mic dah, sungguh advance. Syabas2.

Oh, lagu2 wajib...pastilah yang jiwang berkarat dan berkapak kan... Lagi2 dengan kehadiran cikCt dan Tma yang sememangnya powerrr bab2 lagu jiwangs ni. Untuk aku, lagu Diam Diam Jatuh Cinta pasti tak tinggal... Wajib tu nyanyi even sakit tekak sekalipun. Haha. Ok lah, nanti aku listkan semua lagu yang biasa di karaoking kan... Sekarang mahu tidur, esok ada lab... Tata. Nite.

kejayaan demi kejayaan...

Yahay!!

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai.

1st. Test ADS dah lepas. Phew...legaaa...tapi takde lah kejayaan mana pun, still tidak dapat menjawab dengan Yakin Boleh. Tapi takpe, kita sudah berusaha, so mari kita bertawakal pula.

2nd. See see...tak perasan ke header sudah tukar. Ok fine aku tahu tidak selawa engkau, engkau dan engkau punya header, tapi "ada aku kesah"...hehe... Saya budak baru belajar... Ampunkan saya penunggu gua. Hihi.

3rd. Tiket tren sudah dibeli. Oh, ini berita sudah ketinggalan zaman, tapi tak kesah, nak show off. And nak buat announcement juga, yang saya bakal pulang naik tren jam 5pagi. Wooo... See see... Betapa saya tak sabar nak balik. Rasa nak sarapan di rumah saja. Oh sempat2, rumah saya sarapan pukul 11 pagi. ;P

So, atas segala limpah kurniaNya, berbanyak2 syukur ku panjatkan. Lepas test ini, semoga hidup kembali tenang dan tidak kusut masai. Sekian.

Monday, March 8, 2010

katakan tidak pada stress...

Today aku nak share something yang maybe bermanfaat untuk sesiapa yang terbaca this entry or untuk diri aku sendiri di masa akan datang. Obviously, hidup kita pasti akan didatangi ms/mr/mdm stress yang sangat la kepochi nak bertenggek kat orang2 sekeliling. So, apa ek yang korang buat kalau berada dalam keadaan stress? Setiap orang pasti punya pendapat yang berbeza-beza... So let's take a look at my own solution to heal my stress.

(numbering ini tidak mengikut urutan@favoritism...harap maklum)

1. Mengemas rumah. Oh, ini akan aku buat tanpa disuruh-suruh kalau aku tgh stress, tapi kalo tak, errr, agak liat ar jugak. Huhu... As for today, terasa diri dah sempurna jadi housewife. Aku kemas bilik habis-habisan, basuh baju, lipat baju, even selipar pakai kat dalam rumah pun aku basuh jugak, terlampau rajin punya pasal. Haha.
2. Makan. Yes, this is one of therapy. Makan akan tukar mood menjadi happy. Tapi awas, jangan terlebih makan sudah, nanti kau pulak stress bila berat badan dah naik. *mcm refer kt diri sendiri je aku ni.haha*
3. Shopping. Fuhh, this is woman’s most favourite activity. Semua memang harap maklum bend ani. Even kalau tak stress pun cakap jugak stress n straightaway cakap nak pergi shopping, padahal kau memang nak pergi shopping kan. Haha.
4. Tidur. Yang ni senang dan jimat. Barang2 yang perlu hanyalah katil yang empuk, bantal yang fluffy dan diri sendiri. So, kalau tengok aku asyik tidur je jangan salahkan aku k, salahkan stress. Hehe.
5. Menyanyi. Oh yang ni aktiviti yang harus aku buat kalau takde roommate di bilik. Bukak lagu favourite and melalak la kau puas2. Selagi orang keliling x sound, itu petanda yang peaching ko masih ikut tempo. So nyanyilah sampai ko dah dapat maki hamun barang sebakul dua. hIhi…
6. Mengumpat. Oh ini mungkin bahaya, tapi kadang2 ia berlaku tanpa sedar jika ada partner in crime yang join sekaki. Tapi harus dielak sama sekali. Lakukan hanya untuk subjek2 yang anda rasakan berbaloi untuk diumpat. Haha. Tapi, perbuatan ini adalah atas tanggungjawab sendiri ye.... ^^
So, sekian tips dari Mak Joyah... Selamat mencuba dan amal-amalkan.... P.E.A.C.E.N.O.W.A.R ..


internship result..yeahh!

Masih berjaga di kala orang lain tengah nyenyak dilena mimpi. Aku?? Pastilah mengadap laptop kesayangan. Oh...baru sebentar tadi melihat result internship. Oh, itu tidak merisaukan lagi, ada yang lebih penting yang merisaukan hati. Alhamdulillah....semuanya Ok. Cepat2 dail no telefon babah, and as i guess, mama babah baru nak masuk tidur, rasa nak nangis je bila bagitau result. Hope mereka happy macam apa yang aku rasa sekarang. Taknak mama sedih macam dulu2. Cukuplah sekali tu je. Tak mahu ulang lagi. Tapi aku agak risau untuk semester ini. Mungkin ada goyang here and there, tapi mama....percayalah, anakmu dah berusaha sehabis boleh, kadang2 agak terkucil gara2 minat yang tidak mendalam terhadap apa yang anakmu ini sedang belajar. Semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya. Amin....

Disebabkan result internship memberangsangkan adrenalin untuk merembes dengan lebih banyak, aku dah niat haritu nak buat entry pasal mereka2 yang banyak menolong semasa berinternship. Tapi, perlukan masa. Sebab aku masih di dalam mood nerd, mood nerd konon2 untuk study sebab ada 2 tests minggu ini. Arghhh....benci ADS sebab tak faham sepatah haram apa coding dia. Kenapalah hidup aku penuh dengan coding. Benci coding. Semua ni bukan bidang aku. Arghhh... Really hate u. Takpe lah. Tak lama je. Come on cikHanum. Kamu boleh. Chaiyok!!

Wednesday, March 3, 2010

8setengah hari..counting!

Masih.ada.baki.8setengah.hari.lagi.nak.pulang.ke.kampung.halaman.

tapi.saya.sudah.rindu.kamu.

errmmm.jahatnye.kamu.seksa.saya.begini.

Doakan.saya.dapat.tempoh.8setengah.hari.itu.ye.

Dari.kejauhan.

-chenta.hati-

Tuesday, March 2, 2010

tests & midsem

Selesai sudah kelas buat hari ini. Badan sangat exhausted gara-gara tak cukup tidur dan kelas yang sangat full harini. Lately, kadar nak tidur semakin kurang. Semalam bertungkus-lumus nak siapkan assignment Data Mining, kesudahan nya tidur pukul 430 pagi, actually siap dah awal dah, golek2 atas katil, mata tak nak lelap, and then, pagi tadi terjaga pukul 7 pagi n tak nak lelap2 dah. Gilo apo aku ni, insomnia ke?? Ishk3... Bahaya aku nih... Ermm... Mungkin juga semangat sudah hilang ditiup angin. ermm. Mane kamu ye?? Oh lagi 2minggu cuti mid-sem...yay...tak sabar nye nak balik. Nak tidur n makan puas2. Kalau mama tengok apa saya makan kat sini hari2 mesti mama sedih. Huuhuu... "Mama, anakmu ini kekurangan kasih sayang di dalam makanan masakan mu..." Dah nak start buat list apa nak makan kat rumah. Haha. Oh tapi...sebelum nak berlibur, mesti lah kena harungi perit getir seorang student dulu kan...mana boleh senang2 ati tok nenek hang je nak cuti. So...nextweek hidup penuh dengan tests and assignments.

Test yang menanti...

  1. ADS - 9march10
  2. IFM - 11march10
  3. CE - 23march10

Tolong la mood rajin datang kepada cikpuanHanum ye...jangan segan jangan malu, saya tak makan awak pun. hihi. Errmm...tengah fikir nak seronok2 masa cuti midsem je, tapi tak ley seronok dulu, nanti sedih. So saya kena stop sampai di sini saja. So sekian wassalam.

Monday, March 1, 2010

1March...



1 March bersamaan hari Isnin. On this date, ramai kawan2 dan kesayangan saya menyambut hari lahir mereka. Masa kian berlalu, umur juga makin bertambah. Semoga panjang umur dan murah rezeki buat kalian semua. To birthday girl - ctkay & birthday boys - danial and hilmy....HAPPY BIRTHDAY wey....sorry no present....hope korang happy menyambut angka baru. hihi...

Oh, today jugak birthday babah saya. Ermm. Hanya sempat kirim sms je, tu pun setelah redeem emergency credit, gara2 lupa beli topup. Haish. Confuse pulak, orang lain yg bertambah umur, aku pulak yang makin pelupa. To babah, Happy Birthday babah, kakya rindu babah, rasa nak lari je balik rumah hug babah and cry on ur shoulder. I missed the good old days, if only i can turn back time. Rindu nak babah dodoi kakya tidur, suap kakya makan, semua2 kakya rindu...tapi sekarang dah besar, dah kena stop semua tu, tak sukee... T_T Babah, semoga panjang umur murah rezeki ye, babah jaga kesihatan elok2 so that kite boleh live happily ever after. I love you babah.





Akulah kekasihmu...

mood aku tgh terbang jauh ke langit,semoga ia kembali like a new-born baby. Amin. Dan, seiring dengan mood tengah terbang, mari kite layan lagu ni, from AXL-Aku kekasihmu (if i'm not mistaken)

AKULAH KEKASIHMU


AKULAH KEKASIHMU

ITUKAH DIA KEKASIH

YANG PERNAH BERJANJI MEMBERI CINTA

UNTUKMU SEPENUH HATI

IA AKAN MENYESAL SUATU HARI NANTI

APABILA IA MENGETAHUI

KEKASIHMU INI INGIN KEMBALI

TAHUKAH ENGKAU IA TAK SEPADAN DENGANMU

WALAU BERIBU BISIK JANJI IA MERAYU

KEKASIHMU INI TERLALU INGIN KEMBALI

SEMENJAK IA MENGETAHUI

KEKASIHMU ITU MEMBUAT KAU BERSEDIH

OH KEKASIHMU INI AKAN MERASA GEMBIRA

ANDAI DAPAT BERSAMA UNTUK SELAMA-LAMANYA

HANYA UNTUK MENYAYANGIMU.......

HANYA UNTUK BERCINTA LAGI.............

ANDAI ENGKAU BERDUKA

AKU YANG PERTAMA DI SISI

ANDAI ENGKAU BAHAGIA

AKU KAN TERUS BERDOA...............SEMOGA SUATU MASA

PINTU HATIMU KAN TERBUKA

DAN KITA AKAN KEMBALI BERCINTA LAGI

AKU AKAN KEMBALI WALAU JALAN BERLIKU

KERNA KU KEKASIHMU

HINGGA KE AKHIR HAYAT..............

OH KEKASIHMU INI AKAN MERASA GEMBIRA

ANDAI DAPAT BERSAMA UNTUK SELAMA-LAMANYA

HANYA UNTUK MENYAYANGIMU...HANYA UNTUK BERCINTA LAGI

ANDAI ENGKAU BERDUKA AKU YANG PERTAMA DI SISI

ANDAI ENGKAU BAHAGIA

AKU KAN TERUS BERDOA SEMOGA SUATU MASA

PINTU HATIMU KAN TERBUKA

DAN KITA AKAN KEMBALI BERCINTA LAGI

AKU AKAN KEMBALI WALAU JALAN BERLIKU

KERNA KU KEKASIHMU HINGGA KE AKHIR HAYAT....

ITUKAH DIA KEKASIH YANG PERNAH BERJANJI MEMBERI CINTA

UNTUKMU SEPENUH HATIIA AKAN MENYESAL SUATU HARI NANTI

APABILA IA MENGETAHUI

KEKASIHMU INI INGIN KEMBALI........................