Saturday, December 31, 2011

Weekends di Kerteh

Halllooo... Hey, another few more minutes to next year!! Yeehaa... Taknak dah story2 pasal azam baru ke harapan baru ke, sebab semua tu aku dah buat masa Awal Muharram haritu, udah2 ler tu,berapa banyak kali pulak nak berazam dalam setahun kan, capai nya x jugak... Eh? ;P So, weekends ku berakhir sudah..minggu ni tak balik Somban derr, sobab fulus kering-kontang, so fair enough la kan, terpaksa la duduk di Kerteh yang permai ni diam2. Aku jarang stay kat Kerteh ni during weekends, most of the weekends i will go back to seremban n spend time with my beloved. But with all the constraints stated before, i had to stay here until CNY. Huwaaa.. But it's ok, think +ve yaw, atleast i have time to explore Kerteh. Huhu. So during the day, aku cuba test skill memasak. Harini, aku try masak sardin cili api sebab rindu gilaaa dengan sardin cili api ibu. And surprisingly, i did it!!! Ini adalah salah satu pencapaian terhebat aku, even hanya masak lauk sardin cili api(ok,i know someone will laugh on this), but atleast ada la drpd takde langsung kannn...Hihi. Aktiviti lain, petang2 pekena kepok lekor n pisang goreng kat pantai Paka sambil ditemani ombak Rindu.. Opps.. Haha. But all in all, i love staying in Kerteh, ada "ombak rindu" weh pagi petang siang malam.... :D oh ya, sebelum lupa, wanna wish all of my friends out there a very happy NEW "DRAGON" YEAR ahead.. *smooch* ;)


Friday, December 30, 2011

2011 to 2012




AsSalam.. Arghh lamanya x singgah tanya khabar. Don't ask me why why why...just put the blame on my iPad because not having an apps on Blogger. Haha. So as of now,i will blog without any photos attached ok. Actually boleh je nak blog through PC kat office, but after all, i'm kind of a 'skema' person, so x berani laa kannn..hehe.. So how's life?? Another 1 more day to go from number 2011 changed to number 2012. Hmmm...2012 is such a nice number. I wish i could do something meaningful in this year. Mana tahu tunang ke, kahwin ke..oppss.. ;P After all it's a dragon year right, it's my year!! I hope it will bring more luck n precious moments..insyaAllah. Kalau kita x usaha, asyik nak tunggu bulan jatuh ke riba pun memang sampai kau tutup mata pun belum tentu luck tu nak datang kat kau ye tak... Maka, marilah kita bekerja keras untuk tahun-tahun yg berikutnya demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aminnn...


Friday, November 11, 2011

Salam. Hi! I'm in Seremban right now, weekend holiday. Saja nak balik duduk bawah ketiak mak demam2 ni kannn.. ;P Harini ramai post kat fb pasal tarikh cantik 11.11.11. Seyes tak ingat langsung tarikh cantik harini. Buat bodow je duduk rumah x keluar2, x larat la demam2 ni. Huhu. So as for me, nothing special or makes me remember this date except 1 thing..i argued with him. Deym. I'm not good in tolerance, like seriously i am! Boleh pulak bikin gua panas kan..haish. Aku dah buat kesimpulan yang pasti, aku malas nak bercinta sayang selagi x ada pengakhiran yang pasti. Kang bercinta bagai nak rak, haprak pun takde. Buat sakit jiwa je kalau gaduh beria- ia..hihihi. So, let's go n have fun out there, let's go shopping!!!! Haha. That's the best therapy that helps me a lot..ok, that's LAME! Boooooo... So see u tmorow shopaholics!!! Nite. ;)



Monday, November 7, 2011

Salam. Macam mana sambutan raya, meriah tak? Siapa yang berkorban, angkat tangan... Siapa pulak yang terkorban?? Hehehe. My hari raya was good enough i must say, atleast i got the chance to gather n spend quality time with my family members eventhough we don't have any Qurban this year. InsyaAllah tahun depan kena buat, rindu nak tengok lembu kena sembelih. Ahaks. Well, now i'm already in Kerteh, arrived at 7pm driving all the way from Seremban. One word: EXHAUSTED! But Alhamdulillah, no traffic jam at all. Syukur Ya Allah. Argh esok kerja, ok that's boring. Hahaha. Tak puas nak bergolek atas katil kat rumah, dah kena bergolek dengan kerja pulak. Haha. But 'someone' had mentioned something to me, "even u hate/dislike d place, but that's the place u earn ur $$$$..." Yup that's true, i shouldn't think too negative about it. After all, d end of the month, some 'coloured papers' will be deposited into my savings account. Yahooooo!!! Okay2' enough membebel. Patut tarik selimut n tidur sekarang. Mind you, my post onwards will not include images at all, because i don't know how to blog using my dearest mr.iP...so,forgive me for all the wordy post my friends. Take care! Salam. ;)





Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha




Hello helloooooo....

Lamanya x bukak blog kesayangan ni..rindu rindu rindu! He he. I miss u guys so much! Oppsie, guys je ke, girls guane pulop... Ok, now i sound Ganu much. hahaha. Well, too many stories to tell with too little time. So, let me save it for the next post k. As today marks 9 Zulhijjah, i wanna wish all my Muslim friends "Salam Hari Raya Aidiladha" in advance. Hehe. Kepada sesiapa yg berpuasa harini, TAHNIAH!! Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan syafaatNya. Amin. ;)






Thursday, July 28, 2011

When i'm in kerteh...







i will definitely miss THEM with all my heart !!




.my beloved wan.


.my precious mama&babah.


.my lovely ibu.


.adorable 'si kecik' ahmad.


.the 'gila-gila' friends.



And last but not least...
.my one n only 'kekasih gelap'.

Dag dig dug...



...dag dig dug...
...dag dig dug...
...di dalam dada...



(eceh,bajet haiza lettew.haktuih.)



hmmphh. Lebih kurang 3 hari saja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Oh, rindunya padamu ya Ramadhan. Selamat berpuasa ye kawan2. Jangan puasa yang2 yok, pagi2 bukak periuk dah la... ;P Dan dalam 3 hari lagi jugak aku bakal bertukar profesion, daripada seorang penganggur sepenuh masa kepada pekerja sepenuh masa. Alamak, nervous!!!! *pengsan*



Setakat ni, aku tak tahu lagi macam mana life aku akan jadi sepanjang kat kerteh ni. Bilik tu dah ada, cuma transport tu belum nak ada lagi. Makanya, terpaksalah aku menebalkan muka menumpang sesiapa sahaja yang sudi menumpangkan aku. Agak-agak kalau nak jalan kaki boleh tak? hahaha. Mati laaa, orang lain sampai ofis muka cantik2, aku sampai dengan muka bersememeh penat jalan kaki. huhu.



Aku harap, dengan penghijrahan aku ke kerteh ni, bakal merubah secebis kisah hidup aku. Hijrah daripada perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Semoga ini adalah titik tolak untuk aku menjadi insan berguna untuk keluarga dan negara. (wah,kenapa mood melankolik lak tiba-tiba ni.haha) Tapi apa-apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar di sana nanti. Doakan i ye kawan2. Seriously cuaks nak menanti sampai kat kerteh ni. Hati gundah gulana.. T.T




Friday, July 15, 2011

Akhirnya...




helluuuu...


pon pon... *cik adik manis tumpang lalu ye*



Nak bagitahu 1 berita gembira ni...ke kau orang dah tahu? Ye2,betul la tu, aku dah dapat panggilan keramat daripada mr.P. Alhamdulillah. Allah makbulkan permintaan dan doa aku. Syukur syukur. Gembira tak terhingga, tapi yang paling gembira sekali pastilah keluarga semua. Mereka pula yang excited terlebih sampaikan pakat-pakat nak hantar pergi Kerteh nanti. Hoiii, tak payah la ramai-ramai, ingat ni holiday ke, kang aku jugak yang sedih tengok semua balik. Hahahaha. Oh ya, aku kena berkhidmat di Kerteh, Terengganu. Ya betul, jadi orang Ganu kite la aku lepas ni. Makang ikang nasik dagan. ;P Aku bakal berlepas ke sana hujung bulan ni, tapi 1 hapah benda pun tak siap lagi. Dengan rumah nya tak dapat lagi, transport nak ulang-alik kerja kat sana tak tahu macam mana, barang2, baju semua tak kemas lagi. huwaaaa...HELPPPPP!!!!



Semoga Allah permudahkan urusan aku, AMIN. :)



Esok nak pergi usha-usha 'sesuatu'...hehehe...tak tahu la jadi ke tak. Tuan penasihat a.k.a abanglong aku bakal tiba dari KL esok, terpulang pada dia la esok. Harap2 'sesuatu' tu tak la mahal bebenor aku nak membayornya. Bagi diskaun lebih sikit pleasee....hihi. Okay lah, nak tidur. Semoga mimpi dapat petunjuk nak beli yang mana satu. Haha.



Selamat Malam! xoxo.




Friday, July 1, 2011

Happy Babah's Day!




Walaupun dah terlewat few weeks ago, tapi x salahkan baru sekarang nak ucap kat blog...hehehe. To my one n only babah in the world, thanks 4 always being there for me. Terlampau banyak kata2 yang tak terucap. Tapi walau apa pun, i miss the good old days. Rindu nak kena dodoi sebelum tidur sampai terlelap, rindu nak makan bersuap, rindu jadi baby girl yang kena manja kan, and the most important thing, u never complained on me...arghhh serius sangat sangat sangat RINDU. Babah selalu cakap, "babah taknak apa-apa pun, cuma cukup la bila babah dah tua nanti, dapat jaga babah n tak hantar babah pergi rumah orang tua-tua..." *kesat airmata* Ya Allah, minta jauh semua perkara2 yang boleh menjadikan aku seorang anak yang alpa dan derhaka. Amin.



To babah, I LOVE U sampai syurga.



Happy BABAH's Day!!!!!







Wednesday, June 15, 2011

Serabai..

Hari-hari x lalu makan, mengelamun, bak kata pepatah, makan x kenyang mandi x basah. Haa tu sinopsis yang paling terbaik yang aku boleh cakap pasal aku sekarang ni. Memikirkan Mr. P yang x call2 sampai sekarang buatkan kepala otak aku makin berserabai macam kuih serabai. Korang tau ke macam mana ghopenye kuih serabai tu?




Haa macam ni la ghopenye. Berserabai ke? Aku rasa kepala n keadaan diri aku lagi berserabai kut. :P Hmm...apa boleh buat, doa je la kan. Kalau ada rezeki, insyaAllah x ke mana ye tak, kalau xde rezeki, kau buat cara apa sekalipun memang xkan dapat. hihi. Tapi seriously jealous sungguh aku tengok budak2 yang pergi PIPE. Kalau ada yang kata x best ke atau nak komplen itu ini, aku xtau la nak cakap kau orang ni jenis manusia yang macam mana. Syukur la kau orang dapat kerja daripada orang2 macam aku ni yang belum lagi dapat kerja. Akhir kata, marilah kita berdoa, "Ya Allah, percepatkanlah Mr. P call cikHanum kita ni yee..." Amin amin amin x1,000,000,000. hehehe. Di akhir kata, syukur lah dengan apa yang kita ada. :)




May 'He' RIP!




Banyak sangat benda yang terjadi dalam 2minggu ni. 2June haritu, pakcik belah babah(Pak Min) telah pergi mengadap Ilahi. Cepat betul dia pergi. Baru je 4hari sebelum Pak Min meninggal, kitorang berempat balik Melaka melawat Pak Min, tup tup hari Khamis dapat call Pak Min dah meninggal. Agaknya, Pak Min memang nak jumpa kitorang kut, sebab lepas je kitorang balik daripada melawat Pak Min tu, terus Pak Min dah x kenal orang dah, salah satu tanda dia nak pergi. Apa-apa pun, hajat aku tercapai nak jumpa Pak Min buat kali terakhir. Dah lama sangat x balik Melaka, semua orang aku jumpa aku dah lupa nama dah. Dulu-dulu kalau balik Melaka, selalu lepak dengan Pak Min sebab dia je yang rajin nak melayan aku sebab Pak Min x kahwin lagi, pakcik2 yang lain semua ada anak masing2 nak kena kendong, so aku selalu la borak-borak dengan Pak Min. Tapi, aku bersyukur Pak Min pergi dengan cara ni, memang ni pun yang aku harapkan. Dah lama sangat Pak Min sakit, Allah turunkan kifarah untuk dia n semoga dosa-dosa Pak Min diampunNya. Dan semoga roh Pak Min dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



*** x pernah ada gambar dengan Pak Min, tapi all the memories will always remain in my heart. May you RIP.





Thursday, May 26, 2011

Weddings oh weddings...


Bila bosan2, best sungguh bila surf pasal kahwin2 ni. Seronok ka kahwin ni ek?? Ye la aku tanya sebab aku tak kahwin lagi. Kang aku cakap, "best kahwin ni weh,boleh buat macam2.." Haa, tak terkejut beruk kau dengar. hahaha. Ok memain je tuh, but bare in mind ya, aku bukannya menggatai nak kahwin naa, tak terfikir pun nak kahwin lagi, cuma rasa lain bila tengok orang mendirikan masjid ni. Rasa seronok tu sangat tak dapat diucap dengan kata-kata. eceh. Belek punya belek album dalam lappy, ternampak gambar2 masa wedding sepupu ashraff last 2months. It were awesomely grand n happening. Suka gilaa oh. Dah lama tak terlibat secara langsung dalam upacara kahwin-kahwin ni. Nak tunggu cousin2 aku kahwin, semuanya kecik-kecik lagi, nak tunggu abang aku, hurm entah bila entah nya. So tumpang sepupu orang pun best jugak. hihi. So, 1st wedding was kak lina's. Yang ni grand gilo weh. 3 hari berturut-turut. Lepas wedding tu semua melepek. Mana taknya 3hari berturut-turut kerja keras, baju pun kena ada 3pasang. Meriah u olls.



::akad nikah(jumaat)::
Tema pakaian: cotton

Sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan, aktiviti wajib adalah camwhore...yippie yayy!! ;D


Kata jadi orang kuat majlis, pastilah kena menyibuk dalam setiap gambar eventho candid ye tak..hahaha. Semasa akad nikah, aku jadi gadis angkat dulang pihak lelaki(tiba-tiba je dah jadi pihak lelaki-gambar 1-3.hahaha). Masa reception 1 kat seremban, aku jadi gadis bunga telur(gambar 4). Sakit gila kaki duk jalan ke hulu ke hilir. Morale of the story: Jgn pakai tumit tinggi kalau nak berjalan ke hulu ke hilior... ;P


Aktiviti wajib setelah majlis bersurai: camwhore lagi dan lagi.. ;D



::Reception 1(sabtu)::
Tema warna pakaian: biru/turqoise


gadis-gadis litar BungaTelur


::Reception 2(ahad)::
Tema warna pakaian: coklat/keemasan

With my lovely ibu. Jadi tailor sekejap sebab sampin abg amir x berjahit rupanya.



And presenting(drum rolls..), the bride n groom(clap clap clap..)...



3busana daripada 3pereka yang berlainan.

1. Aku tak pasti siapa.. 2. MimpiKita 3. Qudyn




So, for kak shima's wedding, the wedding is much simpler than kak lina's because it resembles kak shima a lot. Eventho it looked simple but the cost is much more higher than kak lina's, well(cannot say much)... :D


::Akad Nikah(jumaat)::
Tema pakaian: No specific theme

I wore a purple songket baju kurung n accessorize it with a dokoh.
Oh so-in-love with my dokoh(i bought it at Kompleks Kraf Jln Conlay,KL)...




::Reception(sabtu)::
Tema pakaian: coklat keemasan


what u see is basically the same attire that i wore during kak lina's 2nd reception, and everyone did wore the same outfit. Malas gila nak beli baru, wallet masing2 dah kopak untuk wedding kak lina. :P Oh, by the way, that guy is aasif, kak zameen's soon-to-be hubby. Next bride&groom is them of coz...yay!!


Finally, meet the bride n groom of the day...kak shima n abg faiz. Kak shima is so lucky to have abg faiz as her husband, he patiently waits for kak shima for 8years...that's what we called a true love...insyaAllah... :)

Dua2 busana ni cantik gilaaa okay. Both were made by Man Kajang.
Extra gorgeous, marvellous, aku jealous(eh...hahaha)



Fuhh, penat betul buat entri banyak gambar ni. Lenguh2 tangan tapi mulut asyik nak senyum je sebab tengok orang kahwin. hihi. Gatai noo... But anyways, CONGRATULATIONS to both kak lina n kak shima, semoga berbahagia ke anak cucu cicit piot n entah apa-apa lagi lah...


Anxiety disorder




Merujuk kepada tajuk di atas(eceh, bajet nak tulis surat rasmi sekolah..), aku rasa la kan, aku dah terkena penyakit "anxiety disorder" sejak seminggu yg lepas. Eh, betul ni, asal kau orang x percaya pulak. Ok fine fine, memang la aku x pergi med school or have a proper med knowledge, but still, i know myself better laaa(ewah,nak jugak defend diri sendiri tuh.haha). Ni semua gara-gara aku asyik fikir sangat pasal 1benda ni (which i can't tell u what&why) dan benda ni tersangat amatlah penting nya untuk masa depan aku, keluarga & anak cucu aku(eceh, kahwin pun belum dah fikir anak cucu segala..haha). Huwaaaaaaaa... Tolong laa sama2 doakan agar semuanya berjalan dengan lancar ye, n aku dapat benda ni. Please please. Ok laa, aku bagi klue ek, ni pasal kerja. Aku dah pergi interview last week n harap sangat dapat sebab ni lah apa yang keluarga aku mahukan n aku tahu kalau aku dapat kerja ni, aku dapat naikkan lagi taraf hidup n tolong mama babah financially. Well, atleast x banyak, sikit pun jadi laa kan. :) Tapi kan, even aku dapat anxiety disorder ni pun, kurang selera makan, tidur x lena, mood swing n all, berat badan aku x jugak menurun. arghh. Lagilah aku stress camni. hahahaha. Ah x kesah laa pasal tuh, apa yang lagi penting, doa banyak2. Kau orang pun doakan aku juga ye. TQVM in advance. Nanti aku belanja kenduri. hehe.






Happy Belated Mother's Day!



Ok ok, kau orang nak kata aku lambat la kan.
Post entri je lambat, wishnya x lambat pun. hihi.
Memandangkan Hari Ibu/Mama/Omak/Ummi dll dah lama berlalu, tapi x salah kut kalau aku nak ucapkan lagi sekali,


"HAPPY MOTHER'S DAY to all mothers out there."




Teristimewa untuk mama n ibu ku tercinta,
Selamat Hari MAMA & IBU!


Saya cinta kamu infiniti,
Tak pakai jarum peniti,
Makan gula sekati,
Minta maaf sampai ke hujung kaki.




hahahaha...



Reunion @ Melaka

Sabtu lepas(21.05.11), beberapa orang geng2 mozac 0105 berjaya menghadirkan diri dalam upacara reunion@Melaka, termasuk lah aku. At first, rasa malas gila weh, macam2 fikir. Fikir apa diorang fikir la, fikir takut diorang x kenal aku la, n banyak lagi benda2 negatif yang terfikir. Biasala kan orang2 Melayu ni kalau sebelum buat apa2 tu mesti fikir yang bukan2, sangat klise okay. hihihi. But at last, i challenged myself to go there n faced whatever challenges or consequences that might be happened ahead. Ye la kan, selagi kita x tempuh benda tuh, kita xkan tahu apa yang akan jadi, betul x? "Betul cikguuuu...." Bila hari yang di nanti-nanti pun tiba, surprisingly, i had the most enjoyable time there. Walaupun dulu tak rapat sangat dengan few of them, but i managed to overcome the awkward feelings in me n being a super gila-gila yet tak-tahu-malu punya perempuan. ;P And guess what, i am looking forward for the next reunion which i don't know when...yayy!!!! Selagi masih single-mingle ni, better go as often as i can to any of the reunion that they'll make...sebab kalau dah ada bf or laki ni a bit susah la kot sebab most of the guys x suka sangat diorang nya gf or wifey go melepak huha-huha dengan kawan2 ni(setahu aku laa... ;P). Anyways, thanks to the initiator, msMunirahMalek sebab she's the one yang beria-ia nak gather ramai2 n beria-ia nak jumpa cikgu2 sempena Teacher's Day 16May haritu. Thanks to you girl! And bravo to us because we never forget our roots(siapa yang telah mencorakkan kita masa di sekolah)... To all the Mozac teachers, HAPPY TEACHER's DAY madam/sir, LOVE YOU VERY MUCH!! Salute you teacher!



ok,here's some of the pics...enjoy!




intro pic.sebelum semua orang datang, lepak kat kantin...
say cheeeseee~~~



gambar kenangan...
.mozac 0105.


camwhore...
the girls(eh, faisal pun girl ke? ;P)...



aktiviti petang...

.paddle-boat n kayaking.

makan time....

.lunch@JJ Ayer Keroh.

dinner@Muara Sg. Duyung...heavennn~





aite aite captain!



..aite aite..



ellowww Malaysia, bonjour!!! Eh silap lerr, kita kan orang islam, orang Malaysia, tinggi sopan santunnya, bagi ler salam cik adik oiii... "Assalamualaikum semua...." hehehe.



Lama nya x jenguk blog ni, dah berhabuk bersawang berjembalang tanah dah...hihi.
Maap la ye. Kawe busy sokmo..eceh~~ Sebenarnya terbukak hati nak update blog ni pun sebab terbaca email yang dikirim oleh adik Najwa(budak SKSI) yang aku pernah buat motivasi kat sekolah dia dulu, back in 2008. Lama gila okay, but yet she still remember me. Thank u Adikku. Love u. Hopefully we can keep in touch more often.





ok that's all for now. Later la sambung, xde idea sudaaa... ;D


Wednesday, February 16, 2011

Happy Birthday shoutout!









17 Februari 2011.
23 tahun yang lepas, kawan yg aku sayangi dilahirkan.
I miss you! Semoga lebih dewasa n matang.
Nak jerit kuat-kuat biar dia dengar...boleh??





HAPPY BIRTHDAY
Ashraff!!!!
*make a wish n just blow the uncandled cake... :P*





*i'm bad in being a creative person, so here's my simple-yet-boring Bday card 4 u...*






May Allah Bless YOU! Enjoy ur day, friend...xoxo...





Thursday, February 3, 2011

apa yg ku idam masih terpendam...







Bilaaa larut malammm... *tarakutchaaa tarakutchaa*
Suasana sepiii... *tarakutchaaa tarakutchaa*






Macam best je kalau tengah buat kerja tiba2 ada background music berbunyi kat belakang kan, ala2 macam dalam drama or filem tu. hehe. Aku macam biasa laa...penyakit insomnia dah bermaharajalela. Akhirnya, aku x boley tidur, even sekarang dah pukul 3 pagi. Tengah bosan2 tadi, tiba2 datang mood rajin nak susun2 gambar dalam folder. So terjumpa lah gambar ini..
.












Oh my ikea! :P




huwaa, rindu gila oh nak makan meatballs n choc cake Daim. T.T
Nangis laju-laju sebab mengidam... *sobsss*
Sape sini baik hati nak bawakkan saya pergi makan semua ni angkat tangan cepatttt...
Ok fine fine, saya pergi sendiri nanti... *entah bile*
Tapi kan, ekspresi aku cam nak mintak penampo kan..?? hehe.
I'm Hanum the Drama Queen kut, oh yeahhh...




Wednesday, February 2, 2011

Februari!






Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Februari dah... Wahh, cepatnye masa berlalu... Happy February dear! :) Ramai yang aku sayang lahir bulan Februari ni. As in today(02.02.2011), my dearest friend in high school, cik Pika's birthday... HAPPY BIRTHDAY dearest. And not to forget, my beloved Wan(grandma), she was born on 02.02.32, nice date huh.. Tahun ni pertama kali nak celebrate birthday wan ramai2...so besok akan pulang ke kampung untuk sesi makan-makan keluarga. Arghh...tak sabar, dah lama terperuk dekat rumah sorang2, and i need fresh air. :D





Siapa suka nougat, angkat tangan?? Alaa nougat yang niii...





Well, the last time i ate this nougat was back in 2009, in Langkawi for holiday. So this year, my auntie went there for vacation n suddenly i came across to it n asked her to buy it for me...in large package. Nak balun banyak2 sampai muak. :P Well, that's me. Makan satu benda sampai muak n takkan makan dah for a long time. hahaha. That's the weird side of me. PEACE!






Okay dear, need to get some beauty sleep. Esok nak kena packing... For all my chinese friends out there, GONG XI FA CAI n a HAPPY NEW YEAR ahead... Love u much! xoxo.






Friday, January 28, 2011

Wear It Right girls...







Semalam tengah boring maka pergilah ber"bloghopping", makanya ternampak laa banner ini...













...di blog sue anna joe. Kempen ni memang aku sokong 200% la sebab itu sepatutnya yang kita buat kan wahai wanita2 sekalian. Berfesyen tu memang boleh, tapi ikut la panduan2 yang ditetapkan agama ye tak... Aku pun dalam proses mengubah cara2 berpakaian aku yang mana tak sedap mata memandang tu. Lagi2 lately dah semakin ramai orang psiko(sesetengah lelaki, bukan semua ye...), even tutup aurat tapi masih terfikir nak rogol la, cabul la, sexual harassment n etc. Ishkk, scary okay. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik hari demi hari. InsyaAllah... :)







Wednesday, January 26, 2011

bila dah sampai seru...









heylohh...meylohh peeps!




I'm back! haha. Selalu je macam ni kan, hilang2 lepas tu muncul tiba2...
Even dah ada broadband 'biru', line kat sini sangat la lembap as in siput babi marathon 10m... T.T
So, daripada my blood go upstairs, baik aku x payah bukak langsung. haha.
But alhamdulillah, lately line makin okay, dah upgrade pegi high speed sikit, thanks to the BLUEeee...




Nothing much to say, but apparently being a jobless memang sangat membosankan. FULLSTOP! So bila dah x bekerja, berangan can be 1 of my part time job... haha. Tapi berangan memang BEST! Siapa x pernah berangan memang rugi. Few months back, my big bro made an unofficial announcement which he wants to get married this year, insyaAllah...






Yayness...orang lain yang nak kahwin aku pulak overly happy, but it's okay, after all, he's my only brother, so siape yg x happy nak dapat the only one kakak ipar kan kan...hehe. Apart from my happiness, the happiest person ever wud be mama n babah. Even the date x pilih lagi, tapi dah sibuk dah nak pergi booked dewan la tukang masak n what not... *excited terlebey... ;P* So, bila ada masa senggang je, mesti nak cerita pasal preparation wedding. Ye ma, tau la nak dapat menantu, tapi rileks k... ;P So, hopefully semuanye berjalan dengan lancar. InsyaAllah.


Bile cerita pasal kahwin, sure rasa nak kahwin jugak...T.T








p/s : kalau ade blog2 kahwin yang best, do let me know k...adios...