Wednesday, June 15, 2011

Serabai..

Hari-hari x lalu makan, mengelamun, bak kata pepatah, makan x kenyang mandi x basah. Haa tu sinopsis yang paling terbaik yang aku boleh cakap pasal aku sekarang ni. Memikirkan Mr. P yang x call2 sampai sekarang buatkan kepala otak aku makin berserabai macam kuih serabai. Korang tau ke macam mana ghopenye kuih serabai tu?




Haa macam ni la ghopenye. Berserabai ke? Aku rasa kepala n keadaan diri aku lagi berserabai kut. :P Hmm...apa boleh buat, doa je la kan. Kalau ada rezeki, insyaAllah x ke mana ye tak, kalau xde rezeki, kau buat cara apa sekalipun memang xkan dapat. hihi. Tapi seriously jealous sungguh aku tengok budak2 yang pergi PIPE. Kalau ada yang kata x best ke atau nak komplen itu ini, aku xtau la nak cakap kau orang ni jenis manusia yang macam mana. Syukur la kau orang dapat kerja daripada orang2 macam aku ni yang belum lagi dapat kerja. Akhir kata, marilah kita berdoa, "Ya Allah, percepatkanlah Mr. P call cikHanum kita ni yee..." Amin amin amin x1,000,000,000. hehehe. Di akhir kata, syukur lah dengan apa yang kita ada. :)




May 'He' RIP!




Banyak sangat benda yang terjadi dalam 2minggu ni. 2June haritu, pakcik belah babah(Pak Min) telah pergi mengadap Ilahi. Cepat betul dia pergi. Baru je 4hari sebelum Pak Min meninggal, kitorang berempat balik Melaka melawat Pak Min, tup tup hari Khamis dapat call Pak Min dah meninggal. Agaknya, Pak Min memang nak jumpa kitorang kut, sebab lepas je kitorang balik daripada melawat Pak Min tu, terus Pak Min dah x kenal orang dah, salah satu tanda dia nak pergi. Apa-apa pun, hajat aku tercapai nak jumpa Pak Min buat kali terakhir. Dah lama sangat x balik Melaka, semua orang aku jumpa aku dah lupa nama dah. Dulu-dulu kalau balik Melaka, selalu lepak dengan Pak Min sebab dia je yang rajin nak melayan aku sebab Pak Min x kahwin lagi, pakcik2 yang lain semua ada anak masing2 nak kena kendong, so aku selalu la borak-borak dengan Pak Min. Tapi, aku bersyukur Pak Min pergi dengan cara ni, memang ni pun yang aku harapkan. Dah lama sangat Pak Min sakit, Allah turunkan kifarah untuk dia n semoga dosa-dosa Pak Min diampunNya. Dan semoga roh Pak Min dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



*** x pernah ada gambar dengan Pak Min, tapi all the memories will always remain in my heart. May you RIP.