Monday, May 3, 2010

monolog sendiri...




Supposedly aku tengah study DATA MINING now. Tapi di alam realiti nya, i'm having my usual breakfast(milo panas+biskut HUP SENG) tanpa busy memikirkan aku ada test kejap lagi. Diri ini teramat HOMESICK. Entah kali keberapa aku dah membazirkan airmata yg sepatutnya digunakan pada waktu2 yg perlu shj. Tapi, hati ini sangat walang, mengenang rumah dan orang2 yg tersayang jauh dari mata. Rinduu... Call babah, menitis...cakap dengan mama, menitis lagi...call ibu, makin banyak menitis... arghh... Kenapa aku ni... Mungkin jugak sebab lelaki itu. Kenapa la engkau buat aku begini. Kalau lah aku boleh lupuskan memori2 luka yg kau beri ini, alangkah indahnya hidup. Aku tahu engkau bahagia. Aku tahu engkau gembira. Aku jua yg dirundung duka di sini. Aku benci kau. Benci sebab menyakiti hati dan perasaanku. Sampai satu tahap, aku harus bunuh saja memori2 luka ini. Takpe, akan aku tunggu masa dan ketika yang sesuai. Kau tunggu....masa kau akan tiba! Pasti akan tiba...


Sunday, May 2, 2010

Best MOMs ever...~





Teramat penat rite now. Baru je tiba from Lumut. We had a reunion a.k.a family day untuk family intern tersayang aku. Yes, even dah habis intern, kami masih dijemput. Alhamdulillah. And, as expected, it was a blast yaww!! Semacam pergi berfamily day keluarga sendiri. Yang pastinya, mereka bukan keluarga biologikal, cuma sempat berkenalan selama 8 bulan dan dah jadi rapat macam kenal 80 tahun. Mereka lah penghibur di kala duka lara. Oh ya, as our aktiviti wajib, we had karaoke session till midnite. Yay!! Yours truly siap berdangdut lagi, ouch!! ;p Erm, cerita ni akan diupdate bila gambar2 sudah selamat smpai di tangan ye.


Well, penat2 macam ni, rasa nak je pergi tidur dekat riba mama or babah sambil kena tepuk2 belakang macam masa kecik2 dulu. Oh, rinduuu!! Pagi tadi pun missed mama mase tengah kunyah roti bakar sebab mama suka sgt makan roti bakar sapu mentega n jem. hehe. So apa guna telefon kan kalau tak diguna, sudah telefon mereka then relief sekejap. Tapiii...macam ada satu feeling yg tak puas je, macam ada yg kurang. Eh lupeee, saya kan ada 1 mak lagi... IBU laa... ishk3, cane bley lupe ni. hehe. Ampun... So, call la that 911 lady which is my dearest ibu. Oh sgt best! Even her anak kesayangan bodyguard ada kat sebelah, dalam cuak2 tu lama la jugak call. Yess! Suka! So hati menjadi riang semula. Lega. Kan best kalau ibu n mama duduk dekat2 sini. Argh....takmo2...p.e.r.a.k panas...cepat laa cuti, nak balik jumpa mereka. Oh rinduuu!



Takpe2, sikit je lagi kerja2 nak setel then dah boley balik jumpa mereka. This coming week might be a busy week, macam biasa la, last week, baru la semua dateline nak padat2kan dalam minggu ni kan. Sabor je la. So, my need-to-be-done work :-

  1. Test DATA MINING(monday) - 12pm-2pm
  2. FYP Oral Presentation(wednesday) - 11.30am-11.50am
  3. PCS Persuasive Presentation(thursday) - 5pm-7pm

Then?? Weehoo...going back to Seremban with tma. Yesss...x sabar!



Thursday, April 22, 2010

Tun & atuk...





Hari ni hari khamis, esok ari Jumaat, genap sebulan aku berdiri atas kaki sendiri. Wah, rasa bangga n nak senyum ke telinga bila angka tuh makin bertambah. Oh diri, kamu mesti kuat. Persetankan dia! Dia lah yang buat kamu lemah dulu. Well, hari ni jugak ada public lecture from Tun Mahathir. Bangun dgn bersusah payah, even lambat n sorang2, masih ku teruskan kaki melangkah ke Chancellor Hall. Oh, sangat suka! Tak nyesal pergi, and tak rugi jugak aku berjalan kaki. hehe. Oh, aku sangat kagum dgn Tun. He's been my role model since few years back. Bila tengok Tun, sure terbayang arwah atuk. Muka mereka seiras sangat. Arwah atuk pun memang selalu pakai jacket@coat yang Tun selalu pakai. The same design, tp arwah atuk suka kaler grey. huhu. Oh, rindunye kat atuk. Kalau arwah atuk ada lagi, mesti dia yg sibuk2 nak visit aku kat sini. Semoga roh atuk dicucuri rahmat. Amin. Well, back to the public lecture, it was nicely organized. Semua nampak teratur. And the lecture pun x lah terlampau extreme like before. Maybe Tun pun dah sedar x guna terpekik terlolong lagi, it's time for them (whom it may concern) to think what's best for the country. Yeahh Tun, I love u all the way, u are a great & prominent leader. Your idea was superb. If only i can have the same mind as urs. hehe.




MAHAL okey...



Suddenly i came across into this article...it's from BusinessWeek. Well, it's my 2nd fav magazine after gossips mag. ;p So, baca punya baca, sampai la part yg sgt menarik perhatian(kt bawah nun...). Lepas baca, banyak tul persoalan2 nakal yg singgah kat kepala. Macam Eh, kalau pakai ni thief x curik ke? Dorang pk ape mse nk beli tu, gile ke? Kalau ilang, mau jd gile... Hahaha... Kalau aku la yg pakai iPhone ni, before pakai aku akan make sure tgn bersih sebersih-bersihnya, xde germs, xde kotor, x basah...kalau orang len nak pegang pun jgn harap. Mahal okey...haha.


Most Expensive Cell Phone

iPhone 3GS Supreme Rose by Stuart Hughes
Price: $2.97 million*

Stuart Hughes—who also designed the most expensive television—made headlines in 2009 when he crafted a 22-carat gold iPhone studded with 53 diamonds for an unnamed Australian businessman for £1.92 million. More recently, he says, he was commissioned to make an even pricier version of the phone in 18-carat rose gold with hundreds of diamonds, including a single-cut, 7.1-carat diamond for the main navigation button.

*Price converted from £1.93 million






Wednesday, April 21, 2010

EMOSI!



Sumpah aku tengah emosi. Sumpah aku benci dia. Argh. Tak baik main dengan sumpah tapi aku rasa nak sumpah je dia jadi katak sepanjang hayat. Haha. Kan dah datang minda2 jahat aku. Ko engat kau pandai itu ini, ko boleh condemn orang sesuka hati ke? Eh please la, i'm not going to beg at you again tau. Aku ada rasa nak kawan lagi tuh dah cukup baik. Sombong tak bertempat. Macam bagus sgt. Argh. Sumpah aku benci kau. Mana mmber2 aku ni, i want to cry on ur shoulder babes. Huhu... Seyes aku rindu afiq, hoii naseb la kau dekat jemen, kalau tak dah lama aku ajak ko hangout. haha. Sekian~


p.s : harap maaf pasal aku mmg tgh emosi. tp sumpah aku benci dia.haha!



Wednesday, April 14, 2010

Mere friend...


Baru je pagi tadi aku tulis kat entri yg aku mmg tak tahu sebenarnya apa ada dlm hati aku ni, either dia ok or tak.... Tapi tadi time nak rest baring2 di katil, suddenly teringat *A*...and bantal basah lencun. Ehmm... Aku teringat kalau aku xde macam mane la *A* agaknya. Dia cerita problem kat sape agaknya, sapa la yg garu2 kan belakang dia kalau dia nak tido dalam komuter or bus, sapa yg nak suro die makan panadol kalau tgh headache, sapa yg nak engtkan die pasal pack his things nak balik s.alam...sapa2??... Ehmm... Menitik lagi... Oh tuhan, kalau bukan aku jodoh untuk dia, berikan lah dia seorang wanita yg lebih baik n boleh membahagiakan dia. AMIN. Aku akan rasa happy kalau tgk dia bahagia n happy. Alhamdulillah tadi dapat khabar berita dr dia. Busy sangat katanya. Takpe, i faham. We're mere friend...remember? ;) Update lain, badan makin naik gatal2. Argh... Tak tahu kenapa. Agaknya makan crabstick tadi kut...tapi biasa makan sup ketam ok jee...Huwaa...i tahu la i gatal internally, tapi tak payah la nak gatal externally jugak...hahaha...Ok lah, i'm done eating for today, makan semakin hari semakin banyak sampai muka kau pun dah bulat hanum ooi... BoOOooo...muke gendut!!

BahagiaKu...

Alhamdulillah, just finished my lab test ADS sebentar tadi. Jumpe sv fyp pun sudah. Sgt bahagia, sebab sudah mendapat beberapa input untuk dimasukkan ke dalam interim report yg tak gerak2 lagi progress nye. But totally aku senang sangat skrg, senang sbb dapat bernafas dgn sedikit tenang. Tinggal beberapa hari je lagi nak settle most of the things yg menyesakkan kepala. Lepastu aku terus je balik Seremban untuk rehat sehari dua. YESSS, aku balik lagi. Ye2, aku tau, jangan di pertikaikan, aku memang cepat homesick. Lagi2 duduk di Tanah Gersang ini. Haha. Well, odw balik tadi nisak cerita pasal someone yg akan berkahwin Jun ni, semuanya atas berkat solat istikharah, ye amat berkat! Semoga rumahtangga kalian kekal ke akhirnya... Aku pun, dah lama nak buat macam tu, tengah mengumpul kekuatan. Semoga aku tabah menerima takdirMu Tuhan...

Quote from Dbah bila aku bgtau status aku sekarang "Eh yeke, aku tengok ko makan berselera je..." Hahaha. Tak tahu nak respon apa sebenarnye. Betul ke aku ok or itu hanya lakonan semata?? Aku pun takde jawapan die, jangan tanya aku! Tapi takpelah, biarlah dia pergi sampai ke Marikh pun, kalau betul dia untuk aku, aku harap flight dia delay, or else i hope the plane crashed tengah jalan. hahaha. *jahat2*

Well, i'm really looking forward to reach Seremban. Nak pulang ke kampung bermanja2 dengan wan tersayang. Hope wan masak sedap2 lagi. Nyumss... And mama too. Nak mintak sup ketam tp takut mama tgh broke sekarang, so takpe lah, simpan niat dalam hati, ada rezeki pasti mama buat. Nak try Law of Attraction kat mama menjadi ke tak. hehe.... Sekian~

Hati...

Betul lah...hati rasa sangat tak sedap. Apekah maksud mu wahai hati...??? Mission malam ni, supposedly aku akan bersengkang mata untuk siapkan kerja2 yang tertunggak. Ni baru taip2 beberapa perenggan untuk IFM kejap2 kena berhenti sebab ada satu rasa yg tak dapat ditafsir dengan kata-kata. Apekah...??? Rasa nak ketuk je pintu hati tanya "apa khabarmu di dalam sane...ok ke?" Tskk... Mungkin ini hanya mainan perasaan, semoga tiada apa2 yang buruk berlaku. AMIN. Esok lab test ADS, oh i pray to God semoga dapat jawab. Dulu aku suka benar dgn database subjek, tapi lately fokus jarang2 lekat, so sometimes tak dapat catch up with the lectures. Oh, i hate me being like this. Macam wanita suci-innocent-muka-ayu-nak-mati digantung tak bertali...i feel like a loserrrr....boooo!!! Hahaha. Ah, whatever. I hate u THE LIFE RUINER. Go away. Shuhh... Or else i'll ruin ur life back, just wait n see! Hahahaha... Emosi jahat tengah menguasai.... Sile abaikan... Sekian~

Tuesday, April 13, 2010

Mood: Puitis

.

Selamat malam semua. Perut masih kekenyangan, sebab makan 2keping chapati untuk dinner tadi. So pergi berblog hopping. Pergi terjah blog dira,ash n zahiril sekaligus, saje nak bermood puitis malam ni. Sebab aku rasa macam jauh dalam ati ada rasa tak sedap. So, aku mungkin tengah emo, tak tahu nak cakap. Aku suka mereka2 ini. Even aku tak reti bersajak or berpuisi bagai, tapi bila baca karya2 seni or pergi tengok dorang berkarya, rasa semacam dalam hati, rasa berkobar2 macam perasaan orang2 dahulu nak dapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Oh, sangat hiperbola ke ek ayat aku ni?? Eh, tapi betul macam tu lah yang aku rasa setiap kali baca. So, great job for those yg involved in this field, u've got the talent. Aku adore korang sampai ke bulan....hahaha....pinjam ayat dira. ;) Oh, for dira&ash,sangat sayang kalau betul berita yang aku dengar, u both sweet sgt sampai semut2 pun malas nak dekat sebab manis terlampau. Tapi, takpe, takdir Tuhan kan. Semoga apa yang korang nak tu adalah keputusan yg tepat n betul. Good luck in ur life dear... Perpisahan itu sakit. Tapi lebih sakit kalau orang yang kita sayang dah tak sayang kita lagi... sekian~

ash - http://ashbau.blogspot.com

dira - http://blogdira.blogspot.com

zahiril - http://zahiriladzim.blogspot.com/

Sunday, April 11, 2010

Sokseksoksek...



Woot2...tumpang lalu ye. Tengah sejuk2 kan badan ni, baru je balik dr padang. Oh well, wat can i say...future-to-be-atlet kutttt....ahaks! Kan entri before ni saya cakap saya tido lambat kn, the exact time i tertido is at 530am, after i finished msg Fara...telling her blablablabla then tertido, n at 730, my alarm clock dah siren...haiyoo...skt betul telinga, tapi bila tengok fon, wahh, ramai nye msg, gembira hati sekejap... So, bgn lah dengan sedaya upaya untuk support Team-Team yg lawan 1st game pagi ni. Member nye pasal baii, kalau tak, jgn harap derr... So end up, aku pulak yg over terjerit sana sini kat tengah padang tuh...hihihi... Tu la, len kali jangan bagi aku tengok, kan mulut aku dah bising. Cam tengok bola semalam pun dah cukup dah bukti. Hihi. Oh, n aku pun dah macam pemain2 dah, tanned gile hape nye...bajet org putih jap mengtannedkan badan tadi. Ok, watever~ Hahaha... Tapi, yg tak bestnye, ada pulak sokseksoksek yg tak sedap kedengaran di fb. Well, aku engatkan kat ofis aku dulu je yg main sentap2 kat fb, kat sini pun ada, macam org tua la u ni nak sentap...ishk3...lek ar, nanti cepat kerepot tahu! ;p Sekian~

haaa..lebey krg cni la dorg men tadi, cuma mereka pada saiz yg lebey besar...

pergh, bajet gak budak2 ni men ek...dah bley wakil negeri dah ni... ;p



malam Sabtu...

Wuhuu... i'm still awake darlings... Ermm, guess what, i tengah buat kerja2 yg bertimbun. Ahaks. Buat nye kejap, merayau on the net yg lama. Haha. Well, nak buat mcm mana kn, dah tengok kerja ngantuk, nak ilang ngantuk bukak je la internet... Huhu... Oh, aktiviti malam tadi, tengok bola, dapat jugak la aku tengok Piala FA final N9 lwn Kedah tadi. Berbaloi gak la aku menumpang buat muka tak tahu malu pergi bilik Dbah nak tengok tv n x ikut ikin g tengok teater, wehooo, N9 menang. Tapi lots of improvement need to be done laaa Mr.Wan Jamak. I think the goalie shud be trained more...ahaks...pandai je aku nak complain kan. Ko pergi try main tengok mng ke tak?? *imagine WanJamak mara aku...haha* Sambil2 tengok Aidil Zafuan main bola, tengok jugak wife die PuanRitaRudaini kat tv3 cerita Tiupan Sangkakala, and sgt menginsafkan n sgt mahukan suami yg ada ala2 ciri abg Emang Manang. Fuhh...anyone?? hehehe...



And oh, ive heard about Hunny Madu dah get married tapi tak sempat nak tengok pics dia, so td telah melakukan selongkar di fb...and the result is tadaaa.... Fuhh, so alluring la PuanHunnyMadu ni... U pakai ape pun nampak fabulous, n u always come up with a fresh+new ideas in fashion...love loveee it. I'm ur die hard fan yaw...Muachhhss~




-pics fbed...ngehe-




reviving the saloma...mlm berinai


-majlis resepsi-

During her engagement...
Of all the pics, i super loveee dis one... see see Hunny's expression...sgt happy being a wifey...Ok fine, aku dah rase nak kawin. Anyone nak isi borang calon2 nya?? Haha.





















Saturday, April 10, 2010

Beg air panas ku...

Morning peeps...alhamdulillah, bernafas lagi aku hari ini, terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku merasa hidup di duniaMu ini. Well, actually pagi2 tadi dah bangun dah, but tengok jam "ala...dah lambat untuk jog" So frust n tido balik. Haha. But then later on terjage sebab dapat msg *jarang aku dapat msg skrg ni, sape pulak ni...* Oh, my new dear friend, Fara, she's actually cousin's MAI nye gf, so now dah jadi one of my friend n i'm happy with her. Atleast we share quite a few things together. Hihi. 2-3hari ni badan asyik lemah je, kemana-mana mesti nak bwk beg air panas, i'm having a badddd period pain. So, the best solution is tidur bersama-sama beg air panas. Fuh, legaaa.... Ok lah, mahu mandi n siap-siap macam mahu keluar ke Ipoh padahal nak duk bilik je...haha...that's me, suke melawa dalam bilik even tak keluar, best woo, give it a try if x caye...u'll get the confidence n semangat untuk buat kerja. Sekian... ^^

Friday, April 9, 2010

Kiehl's...



Lately banyak betul aku rasa mengidam. Yg latest mengidam nak shopping. Haha. Awat la mengidam ni over sangat...semua nye costly. Cuba la mengidam nak pergi mandi swimming pool ke, jogging ke, main netball ke, xde la payah2 nak keluar duit. Hahaha. Argh...banyak bunyi la ko ni hanum. Hahaha. Oh, memandangkan semua bahan2 pencuci muka termasuk toner saya sudah habis. Saya bercadang nak bertukar kepada produk yg lain. Currently, i'm using Simple...tapi memandangkan sekarang di mana2 orang sibuk dok habaq "Go Green" "Cintai alam" dan sebagainya, saya bercadang mahu bertukar kepada bahan2 yang sedemikian. Support sikit orang dah penat2 kempen ni...huhuhu... Dalam hati ada terpikir "nak try Kiehl's pun ok jugak ni..." Tapi....ape lagi produk selain Kiehl's yang berasaskan hijau botani ek? Any idea? Please tell me if there's any other products that do so.... Oh, and setahu saya Kiehl's punya shop ada kat area KL saja. So agak payah kalau nak turun KL hanya mahu membelinye... Sekian...





Btw, here's addresses yg ada jual Kiehl's. From reviews that i've read, dia nya lipbalm bagus untuk cuaca panas di Malaysia ni. Tak bagi bibir kering gitu...i like.... Hihi...





-PAVILION-

168, Jalan Bukit Bintang
Pavilion Kuala Lumpur
Lot 2.46.04, Level 2,
Kuala Lumpur, 55100



-KLCC-

Isetan KLCC
Suria KLCC, Ground Floor
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur, 50088



-MID VALLEY-

Mid Valley City
Lot G-037B, Ground Floor
Kuala Lumpur, 59200



-ONE UTAMA-

Bandar Utama Damansara
Lot LG 316B, Lower Ground Floor Oval
Bandar Utama Damansara
Petaling Jaya, Selangor 47800



-BANGSAR SHOPPING CENTRE-

285, Jalan Maarof
Lot G-114, Ground Floor
Bukit Bandaraya, Wilayah Persekutuan 59000



Mengidam...tapi....

Tadi bangun2 tidur as usual habit aku mesti nak bukak lappy tengok fb, so terbaca la status sorang akk ofis masa intern dulu saying... "Having lunch at sushi King *nyums*" Fuhh...trus je saliva aku merembes, da la tengah lapa2 ni...boleh pulak cakap pasal makanan, lagi ler aku bernafsu. Haha. And menjadi habit aku jugak kalau apa yg aku rasa nak cakap aku akan say it out loud dekat status fb aku....huhuhu.... But then, this one concern friend komen ler plak "eh, bukan sushi King tak halal ker?" Pergh...ko ni potong tau tak, aku tak pernag doubt ko saje nak doubt kan aku... Ok, maybe niat dia baik so thanks.... And i made some research and apa yg jumpa...

1. http://www.jurnalhalal.com/2010/03/adakah-sushi-king-halal.html

2. http://ohtidak.com/oh-sushi-king-tidak-halal/

3. http://www.kuehtart.com/2010/02/sushi-king-tu-halal-ke-weyh.html

Aku ni ajaran agama tak tinggi mana pun, so nak jugak tahu pendapat orang lain. Tapi ada jugak yg akan cakap...."ala,kita bukan amik sushi yang ada mirin tu pun...", "Kita tak minum beer pun....", "Ala,tak yah ragu2...makan je". So macam mane kalau macam tu ek, still tak boleh ker?? Any comment?? Please... Komen2 kamu amat sy hargai... Just nak mengclearkan keraguan... Oh btw, kalau i pergi makan selalunya menu i....

  • Salmon
  • Salmon skin piri-piri
  • Soft Shell Crab Temaki
  • Sakana Fry
  • Air Green Tea Cold

And, the products yg contains Mirin(sejenis alcohol or rice wine) :

  • Unagi Kabayaki
  • Unagi Slice
  • Karei Nitsuke
  • Saba Misoni
  • Mamakari
  • Ikura

Thursday, April 8, 2010

cuba kira ada berapa thanks...

Wahh. Udah lama rasenye tak berkarya di blog, bukan karya pun sebenarnya, lebih kepada coretan dan contengan yg datang dr hati dan yg x dapat dilahirkan dgn kata-kata. Minggu ke minggu, hari2 aku semakin busy. Busy dgn apa?? Wahh, tersangat la byk kerja yg x sudah2. Mainly for fyp1 n assgnments n projects yg dateline bertindih-tindih. Ohh tidakkk... Bila nak rest ni..?? Eh hari2 sy rest tau. Even busy, tido tuh masih cukup lagiii... Hihi... Well, untuk perkembangan diri, semuanya baik2 saja. Many thanks to those yg menyokong sy dr depan, belakang, tepi dan pelbagai sudut yg lain. Sgt bossy ye kamu2 ni nak tahu apa jadi pada sy... ^^ ... And, special thanks to those yg bagi kata2 semangat. Yang call di pagi2 buta tnye pun thnks jugak. Kepada yg mengutuk dia even kamu xtahu apa salah dia, no thanks for u k. Yg ada masalah dgn dia tu sy, kamu yg terlebey emo kenapa...ishk3... Ohh, keadaan menjadi sedikit havoc few days back, sy baru je letak status di fb nak tinggalkan Msia, terus jadi havoc. Kelakar pun ada, rileks la, still dalam perancangan la semua tuh, kalau betul pun, doakan je yg terbaik. Bukan nye nak buat jahat pun, niat nak pergi belajar la...bukan nak bawak diri pun. Saya belum jadi perempuan loser lagi. Hahaha. Anyways, atleast i tahu sape kawan sape lawan. Sy bersyukur sbb masih ada frens yg ambil berat. Oh, n suddenly my abg punye girlfriend pun sibuk nak tahu. Ok, takpelah, thanks to u too... Takpe, don't worry, i'll be okay sis... Ok now, enough of all the thanks wishes...dah rase macam speech menang award la pulok, ramai betul list nak kena thanks. Hihi.

potpet : Lately asyik la mahu makan, tido, den makan lagi, tido lagi...kenapa dgn sy ni...ermm...renung2 kan lah... ;p

Thursday, April 1, 2010

A brand NEW day...

Today is a big day for me...because it's a brand new day for msHanum to start her very own new life. Well3, goodluck for me! So pagi2 sudah bangun n bukak tingkap luas2 dengan harapan "rezeki/rahmat masuk mencurah-curah macam angin tuh..." Huhu. Oh yes, today is quite a busy day for me too, i have a presentation 30% for my courseworks and a test on the night. Warghh... Macam mana ni??? Ok takpe, blogging dulu sambil rehat2 kan minda. Hehe.

Lastnight dah tak mimpi apa2. Ehm, bagus la, so dapat tidur dengan tenang. Semoga hari2 seterusnya pun setenang hari ini. Eh esok Jumaat kan?? Yay, pulang ke Seremban. Actually, mama x bagi balik, ayat mama, "Takde kerja ke nak kena siapkan?? Nanti kerja x siap macam mne??"Ohh mama, kamu ini sungguh la perfectionist and workaholic orangnye, but sometimes i need a break ma, i can't follow exactly like you did... So apa2 pun mama cakap, i tetap akan balik. Hihi. So, happy weekends.

Wednesday, March 31, 2010

Mimpi ker ni...?

Haha. Rasa macam mimpi je sekarang. Sebab baru je semalam i dreamt of *A* and then *A* said, "Takpe, japlagi i msg k" Suddenly after Maghrib tadi he msged. Wah, what a dream. After so long... At first i tot it is a good sign but totally i'm wronged! Eventho it's hard for me to accept at first but *A* managed to convince me. Takpe, takde rezeki etc etc... So here i am. Being officially ur msHanum with a new spirit(i hope...) Since now i'm the one who controls everything, i'll try not to mamai2 and blur lagi about everything. I have to stay focus. Yes FOCUS!! Tadi pun pergi Technology, Education & Career Fair here in UTP dengan harapan ada kerja or prospek yang bagus, and luckily there are some but not that much. Tapi at least i have to set my GOAL from now. Yes, i must do it. Nak pinjam quote yang aku dapat kat buku FELDA HOLDINGS jap.

"Free your mind and let your ideas flow. Surprise yourself. You never know where it may lead you...."

Yup, definitely agree to it. Kita sometimes tak sedar yang kita ada good brain. Kita selalu cakap "tak boleh...", "aku kan x pandai..." etc etc, tapi kita x sedar sebenarnya yang kita ada talent kita sendiri. Everyone has its very own talent. So possess it and release it to the world and the world will smile at you and congratulate you. InsyaAllah.

Semangat baru...

Baru sebentar tadi mensettlekan perkara yang dah lama tergantung... Well, we've come to our final decision. We're not going to continue it again, we want to move on...slowly! Yes slowly. I think it is best refers to me,because i know *A* can handle it through no matter wat. So now we're friends, because i insist it. Then *A* said, "ok you can talk to me as long as it's not personal" So yes, thanks to you FRIEND. I akan sesuaikan diri selepas ini. Hurm.

Saturday, March 27, 2010

Alice in Wonderland & accident...



Hello peeps. Kabare(orang Jawa cakap 'apa khabar')? Just got back from Ipoh. Well, the main reason why we're going there because need to fetch Nisak yang berpergian ke KL atas urusan dating. hehehe. Yup, nisak kwn saya dah berpunya dah pun, almost nak kahwin, somewhere around next year mungkin. Oh tidak2, bukan nak cerita pasal Nisak. Saja je nak melalut2 kasi panjang ini entri. hehehe. Well, alang2 dah pergi Ipoh, kitorang pergi tengok movie. Alice in Wonderland. Pergi pun sebab CT ada tiket free. Yay, many thnks!


-image googled-



Overall, cerita ini sungguh menarik hati. All the way gelak2 gembira, sebab most of the character sangat funny. Make-up yang Johnny Depp pakai pun sangat cantik. So adorable. So, i'm really satisfied, atleast terhibur rasa hati. So, it's recommended for those yang tak tonton lagi. And malam ni jugak, macam2 pengalaman yang terjadi sepanjang kami di jalan raya. Pergi tengok autoshow(lalu lalang je...), nampak accident di depan mata(org yg kne langgar menggelupur...) and almost involved in an accident(kami dan kerbau...) pun tadi. Accident dengan kerbau yang tiba2 nak melintas. Fuhh, kus semangat. Alhamdulillah nothing serious happen, cuma kami kena stop dekat tepi jalan sambil tenangkan hati n mengucap syukur apa yang patut. Takpe, semua tu pengalaman. Apa2 yang terjadi untuk tolak bala yang lebih besar. So, alhamdulillah ke atasNya. So, peringatan kepada pemandu2 di Perak, always beware ketika memandu di lebuhraya Ipoh - Lumut(jalan depan UTP) ye...kerana kalau ada bernasib kurang baik, anda akan berpeluang terjumpa kerbau bersama rakan2 nya yang tengah bersiar-siar. So jangan pandu laju, stay within the speed limit ye. Ingatan ikhlas dari cikHanum yang hampir kemalangan.... Nite all... ^^




-image googled-

Thursday, March 25, 2010

How to treat Gastric trouble and Acidity?

Update pasal my epigastric pain, well pandai giler si hilmy tu guess aku sakit ape. Hari isnin haritu aku pergi klinik nak tanya pasal my sakit ni, then aku curi2 tengok ape doktor tulis, woahh...betul la.... "epigastric pain" Fuyyoo...kagum jap. Haha. Tapi yang sedihnya, aku kena stay quite a while dengan doktor tu sebab dia bagi ceramah kedoktoran dengan aku. Jangan makan pedas, cut down ur stress, stress can leads to all illness, u cannot stress bla bla bla... Okey doc, i understood. Lepas ni i akan pakai banner anti-stress and mengamalkan cara hidup anti-stress ok! See2, now i tak stress pun... Siap karok(depan lappy je... ;p) lagi ni... Haha... So last Sunday jugak ada my old friend pm fb aku. Oh my, awat la dia ni ada lagi sangkut paut dengan hidup aku. Takpelah, layan kan je, bila dia tau je aku sakit, terus dia bagi 1 artikel ni yang aku rasa berguna la jugak untuk aku. Dalam hati, "berguna jugak ko ni...hehe" So, aku pun nak kongsi jugak la kat sini, mana tau boleh digunakan besama kan. Thanks to him and thanks to sape2 yang wrote this article. Kudos!

How to treat Gastric trouble and Acidity?

  • Acidity can be a result of defective digestion or stress. It is the accumulation of liquid inside the cavity. It is a common problem; it may be associated with overeating, constipation, menstruation, food allergy and certain diseases.
  • Sleeping after meals doubles gas and acidity that increases burning and sour sensation.
  • Drink hot water after meals for easy digestion, it is also good for weight reduction.
  • Include ginger, mint leaves and garlic in your daily food. These are good for easy gas and acidity.
  • Reduce daily intake of coffee and tea. Drink enough water every day to keep you healthy.
  • Avoid eating sweets after the meals and stop drinking water after eating sweets.
  • Include fruits in your morning meal. Fibers and natural supplements help to retain energy and overcome acidity related problems of the stomach.
  • Avoid factors that make stress. Do not forget that stress is a reason for many diseases and controlling stress is enough for curing many diseases.
  • Avoid spicy foods, vinegar, black tea, chocolate etc. these are a reason for gas and acidity.
  • Drinking coconut water daily is good for gas and acidity.
  • Eat vanilla ice cream or drink a glass of cold milk to get immediate relief from gas and acidity.
  • Take one piece of clove and chew it slowly. This is a good way to give you relief from acidity within minutes.
  • Take a piece of ginger and chew it with little bit salt. This is good for immediate relief from gas and acidity.
  • Avoid raw vegetable salads like onion, cabbage and radish. These are acidity generating vegetables.
  • Place a piece of jaggery in the mouth and suck it slowly, till acidity settles.Chewing basil leaves is good for acidity.

Mar sayangs...ImissYou!

Suddenly, teringat pada ex-roamie yang tengah intern right now. Rindu nak bergossip sakan. Kalau dia ada right now dah lama kitorang pergi jalan2 sambil ambil angin malam. Aduh. Rindu bangat. I need a cure. I need a make over. I need my strength back. I need everything that i used to have before. Someone ever said to me "You are weak! Always nak depend dengan orang...be on your own. Jangan jadi stupid." Okay, now u dah jadikan i sorang2, i akan accept your challenge.! Don't ever call me stupid again if i can managed to stand on my own, deal??

Wednesday, March 24, 2010

I'm Officially....

I'm Officially....

_ _ _ _ _

_ _ !!!

Nak cuba pertandingan isi tempat kosong...?? Ha sila2, tapi hadiah takde la kan. Hehe. Well, tak tahu lah perasaan dia macam mana. Macam2. So malas nak cerita kat sini. Let's start a brand new day starting tomorrow. Malam tadi baru je habis test CE - Corporate Ethics. Ok lah, jawab mengikut kehendak soalan cuma tak tahu lagi kehendak lecturer ni sama tak dengan kehendak aku. So tawakal sahaja. Siang tadi aku n rakan2 dah pergi beli tiket Laketown Resort. Ada promotion. RM39 untuk waterpark combo pakej yang boleh masuk waterpark, ecopark, orang utan island, chairlift or skycycle. Harga sebenar RM55. So kira murah la kan dapat RM39 tu. And aku?? Tersangat la happy nya. Sebab?? Sebab aku dah tekad final year aku dekat tanah gersang ni aku nak pergi semua tempat2 pelancongan/makan2/menarik/bersejarah dll kat area2 tanah gersang ni. Mana tahu x dapat nak datang ke tanah gersang ni lagi kan. So atleast ada la kenangan nak diingati. Ada beberapa tempat yang kitorang plan nak pergi, antara tempat2 yang menjadi pilihan hati :

  1. Bukit Merah (nak peluk2 manja orang utan)
  2. Caving di Gua Tempurung
  3. Sg Kelah (jakuzi air panas)
  4. Pangkor (mandi manda & ikan bakar..nyummss)
  5. Cameron Highlands (pasar malam yg best)
  6. Penang
  7. Pulau Langkawi
  8. Kuala Kangsar (muzium & tmpt bersejarah)
  9. Dll (masih dalam perbincangan)

Ermm, so ni antara2 tempat yang kitorang terfikir nak pergi. Maybe list akan bertambah or berkurang mengikut peredaran masa dan ketika. Bestnya, tak sabar. Lagipun doktor advise aku should cut down all stress. So, aku rasa melancong tengok tempat2 baru macam ni mungkin boleh membantu serba sedikit. Hopefully... *sigh*

Monday, March 22, 2010

OPEN 24 Hours...konon!

Aku sebenarnya jarang nak marah2 orang selagi mood aku tengah dalam keadaan stabil n tenang. Tapi ada gak certain times yang terlepas tu kan, sorry la pada yang terkena, wrong time la tuh maknenye. Hehe. Tapi ni aku nak habaq ni...orang2 jaman skrg nak berniaga, kata OPEN 24 hours....TAPIII....tulis kat luar kedai 'Lunch Hour 11.30am - 1.30pm' Awatnye?? Aku dah lerr mnunggu kau sehari suntuk, sampai sakit2 aku ni dah nak hilang dah, tapi kau buat janji2 kosong ek... Hish, menyirap je... Nasib la aku dah makan sikit pagi tadi, kalau tak mahu je aku maki sebakul dua. Kan ke lagi sopan santun kalau kau tulis kat luar tu 'OPEN 24 hours EXCEPT LUNCH HOUR 11.30am - 1.30pm'.... So, orang faham la kan. Haiyooo....takpelah, dah fed up dah, takmau jumpe kau lagi, baik aku makan hati je kat bilik lagi cepat baik sakit aku ni... So sekian!

Sunday, March 21, 2010

emo KATA HATI ku...

Waktu emo aku dah sampai! Ye, aku nak berKATA-kata apa yang terbuku di HATI ini. Bak kata lagu In-Team..."di hati ini,hanya Tuhan yang tahu..." Aku harap emosi aku tak mengganggu sesape yang baca ye. Ehm...mengenai perkembangan sakit dada aku, tadi dah beransur pulih, tapi datang balik malam ni. Ehm. Mungkin banyak lagi dosa-dosa aku yang tak terhapus, sebab tu sakit datang bertimpa-timpa ni, takpe, aku redha...cuma kalau dapat ubat nak kurangkan sakit ni aku lebih mensyukurinya. Tadi call mak MAI, kita sehati sejiwa sebab demam bersam-sama, wahh, sweet nye...Haha... Oh,dah dapat solution baru nak kurangkan sakit. Tadi member aku cakap sapu minyak panas, tu pun dah buat dah, masih sakit. So, tadi abg MAI kata minum air soya bean 1kotak besar. Nasib baik aku memang beli air soya, cuma x minum je, so misi aku malam ni...'Minum sampai habis 1kotak air soya bean' wohoo...Semoga berjaya ye. Kalau menjadi la petua ni, memang i sayang u lebih la Abg A, more than i sayang ur adik tu. Haha. Ok mood gatal la pulak dah maii... Yerp, better sayang abg daripada syg adik. Kalau syg adik dia wat membazir je syg aku tu campak dalam tong sampah. Ciss. Kalau syg abg berbaloi sikit, bulu mata dah la panjang macam unta, muka pun macam Bollywood, sejuk je mata memandang. Haha.

Disclaimer : entri ini tiada motif yg tersirat. cuma wengs penangan shabu semalam masih x hilang, so harap dimaafkan. Penangan shabu akan diceritakan kemudian.sekian.

Epigastric pain...ko tau ke??

Since tengahari semalam, bahagian antara perut dan dada aku jadi senak tiba2. And it continues until now. Cuba2 tanya kat member aku yang keje hospital, dia kata aku maybe kena 'epigastric pain'...ape kejadah nye tuh??? Haha. Tu lebey kurang macam gastric la...either truk @ yg biase2 punye je...Ceceh, pandai je aku explain kan...

Simptom2 aku:

  1. Sakit dada yang terlampau sampai nak cakap pn sakit
  2. Sesak nafas/sukar nak bernafas
  3. Nausea

Solution nya, aku kena jumpa doktor nak ambik ubat angin n reconfirm sakit aku ni. Tapiii...masalah betul kalo duduk dekat pekan koboi ni, hari Ahad semua kedai tutup. Dengan klinik pun tutup sekali. Nape, ari Ahad pun ari cuti daripada sakit ke? Hadoiyaii.... So, aku kena la tunggu klinik Universiti Tanah Gersang ni esok. Masalah aku sekarang, aku tak boleh baring, kalau baring dada aku jadi lagi sesak n sakit. Hope nanti x serius sgt la aku nye sakit ni, n hope dapat medicine esok trus pulih seperti sediakala. Amin. Ehm, bagus jugak ada member yg ala2 doktor ni kan...tapi kenapala ko xde simpan ubat dia skali, kan senang aku dtg jumpe ko je pakcik Hilmy ooi!

Thursday, March 11, 2010

whaattt??...

Jam dah pukul 1230, which means lagi 30minit nak ke pukul 1. Eh jap2, test IFM aku pukul 1 jap lagi laaa.... whaattt?? Opss... nak buat2 lupa boleh? Haha. Saya dah stop membaca. Dari semalam membaca tapi tak lekat. Banyak makan otak udang ke aku ni? Ke banyak main s***n? Eh tu laki je ar... Ishk3... Rosak anak2 muda sekarang. Huhu... Alaa... Dah tak mampu dah nak baca, aku sekarang badan je ade kat sini, tapi hati aku semua dah sampai rumah dah. Nak balik... Tak sabar nak habis test, then nak jerit "Yay, Merdeka!!" Dah macam final exam la pulak kan... Argh, aku tak kesah.

"Bilik yg terchenta, tunggu aku ye, nanti kite spend time together..berdua jee..."

;P

SPM result!

Oh! Baru teringat, my cousin told me that SPM result will be OUT tomorrow. Yippiee... Berdebar for her. Hopefully u excel with flying colors girl. Tak sabar nak dengar berita gembira esok. ...^^...

Wednesday, March 10, 2010

sayang,geram,benci dan sayang kembali...

Hidup tidak semestinya indah. Aku tau tu. Hakikatnya, hari tidak semestinya cerah hingga ke petang, mungkin hujan di tengahari. Tapi kat tanah gersang ni, langit cerah je selalu, tak hujan2 pun. Hihi. Ehmm... Dan aku, aku masih hidup dalam dilema perhubungan yang tak berkesudahan. Dia mengucapkan kata "menyesal". Ok, aku sentap. Takpelah. Hidup ini bagaikan roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Dulu dia suka, kini sudah tidak lagi. Dulu aku benci, kini dah menjadi sayang. Aku selalu berpegang pada kata2 ni, "Sayang orang yang sayang kita, bukan sebaliknya..." Ya, betul... Kalau kaum Adam dah tak suka, kadang2 kaum Hawa macam nampak terhegeh-hegeh mencari cinta pula. Oh, tidak... Mintak dijauhkan. Aku masih ada pendirian yang tak nak terhegeh-hegeh seperti melukut di tepi gantang. Rasa nak nyanyi lagu Melukut di Tepi Gantang by Aisyah je rasa, bajet lagu tema mood harini. Haha. Argh... Benci rasa ni. hish. Rasa geram sangat3. Rasa nak makan banyak2 and nak pergi tempat yang boleh releasekan tension je. Ehmm... Benci kamu, tapi at the same time, sayang n rindu kamu sangat tahu!

new Addict...

Walaupun masing2 busy dengan tests, presentation and FYP, hiburan itu tidak harus dilupakan sama sekali. Cuma sekadar pelepas tension je, jangan over sudah la kan... So, we have a new addict. Seyes meletop. We found that our real entertainment now is karaoking... Haha. Seriously layannn... A week before, we went for karaoke, 5 of us... Saje2 takde kerja. Lagipun, Nisha tak pernah berkaraoke sebelum ni. So plan nak menjerumuskan diri cikPuanNisha ni ke lembah karok yang tidak bertepian. Ewah ayat aku... ^^

So, now, kami dah jumpa sahabat sejati nak berkaraoke. Anytime, anywhere. Nisha pun dah mula suka. Dah siap practice katanye... Lagu Alicia Keys... Mak aii, hambik kau. Tak boleh nak vogue lagi lagu. Kang Alicia ke mane, key suara kau ke mane dek non oii... Haha... Oh, Nisak juga, wahh3, sekarang dah taknak lepas mic dah, sungguh advance. Syabas2.

Oh, lagu2 wajib...pastilah yang jiwang berkarat dan berkapak kan... Lagi2 dengan kehadiran cikCt dan Tma yang sememangnya powerrr bab2 lagu jiwangs ni. Untuk aku, lagu Diam Diam Jatuh Cinta pasti tak tinggal... Wajib tu nyanyi even sakit tekak sekalipun. Haha. Ok lah, nanti aku listkan semua lagu yang biasa di karaoking kan... Sekarang mahu tidur, esok ada lab... Tata. Nite.

kejayaan demi kejayaan...

Yahay!!

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai.

1st. Test ADS dah lepas. Phew...legaaa...tapi takde lah kejayaan mana pun, still tidak dapat menjawab dengan Yakin Boleh. Tapi takpe, kita sudah berusaha, so mari kita bertawakal pula.

2nd. See see...tak perasan ke header sudah tukar. Ok fine aku tahu tidak selawa engkau, engkau dan engkau punya header, tapi "ada aku kesah"...hehe... Saya budak baru belajar... Ampunkan saya penunggu gua. Hihi.

3rd. Tiket tren sudah dibeli. Oh, ini berita sudah ketinggalan zaman, tapi tak kesah, nak show off. And nak buat announcement juga, yang saya bakal pulang naik tren jam 5pagi. Wooo... See see... Betapa saya tak sabar nak balik. Rasa nak sarapan di rumah saja. Oh sempat2, rumah saya sarapan pukul 11 pagi. ;P

So, atas segala limpah kurniaNya, berbanyak2 syukur ku panjatkan. Lepas test ini, semoga hidup kembali tenang dan tidak kusut masai. Sekian.

Monday, March 8, 2010

katakan tidak pada stress...

Today aku nak share something yang maybe bermanfaat untuk sesiapa yang terbaca this entry or untuk diri aku sendiri di masa akan datang. Obviously, hidup kita pasti akan didatangi ms/mr/mdm stress yang sangat la kepochi nak bertenggek kat orang2 sekeliling. So, apa ek yang korang buat kalau berada dalam keadaan stress? Setiap orang pasti punya pendapat yang berbeza-beza... So let's take a look at my own solution to heal my stress.

(numbering ini tidak mengikut urutan@favoritism...harap maklum)

1. Mengemas rumah. Oh, ini akan aku buat tanpa disuruh-suruh kalau aku tgh stress, tapi kalo tak, errr, agak liat ar jugak. Huhu... As for today, terasa diri dah sempurna jadi housewife. Aku kemas bilik habis-habisan, basuh baju, lipat baju, even selipar pakai kat dalam rumah pun aku basuh jugak, terlampau rajin punya pasal. Haha.
2. Makan. Yes, this is one of therapy. Makan akan tukar mood menjadi happy. Tapi awas, jangan terlebih makan sudah, nanti kau pulak stress bila berat badan dah naik. *mcm refer kt diri sendiri je aku ni.haha*
3. Shopping. Fuhh, this is woman’s most favourite activity. Semua memang harap maklum bend ani. Even kalau tak stress pun cakap jugak stress n straightaway cakap nak pergi shopping, padahal kau memang nak pergi shopping kan. Haha.
4. Tidur. Yang ni senang dan jimat. Barang2 yang perlu hanyalah katil yang empuk, bantal yang fluffy dan diri sendiri. So, kalau tengok aku asyik tidur je jangan salahkan aku k, salahkan stress. Hehe.
5. Menyanyi. Oh yang ni aktiviti yang harus aku buat kalau takde roommate di bilik. Bukak lagu favourite and melalak la kau puas2. Selagi orang keliling x sound, itu petanda yang peaching ko masih ikut tempo. So nyanyilah sampai ko dah dapat maki hamun barang sebakul dua. hIhi…
6. Mengumpat. Oh ini mungkin bahaya, tapi kadang2 ia berlaku tanpa sedar jika ada partner in crime yang join sekaki. Tapi harus dielak sama sekali. Lakukan hanya untuk subjek2 yang anda rasakan berbaloi untuk diumpat. Haha. Tapi, perbuatan ini adalah atas tanggungjawab sendiri ye.... ^^
So, sekian tips dari Mak Joyah... Selamat mencuba dan amal-amalkan.... P.E.A.C.E.N.O.W.A.R ..


internship result..yeahh!

Masih berjaga di kala orang lain tengah nyenyak dilena mimpi. Aku?? Pastilah mengadap laptop kesayangan. Oh...baru sebentar tadi melihat result internship. Oh, itu tidak merisaukan lagi, ada yang lebih penting yang merisaukan hati. Alhamdulillah....semuanya Ok. Cepat2 dail no telefon babah, and as i guess, mama babah baru nak masuk tidur, rasa nak nangis je bila bagitau result. Hope mereka happy macam apa yang aku rasa sekarang. Taknak mama sedih macam dulu2. Cukuplah sekali tu je. Tak mahu ulang lagi. Tapi aku agak risau untuk semester ini. Mungkin ada goyang here and there, tapi mama....percayalah, anakmu dah berusaha sehabis boleh, kadang2 agak terkucil gara2 minat yang tidak mendalam terhadap apa yang anakmu ini sedang belajar. Semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya. Amin....

Disebabkan result internship memberangsangkan adrenalin untuk merembes dengan lebih banyak, aku dah niat haritu nak buat entry pasal mereka2 yang banyak menolong semasa berinternship. Tapi, perlukan masa. Sebab aku masih di dalam mood nerd, mood nerd konon2 untuk study sebab ada 2 tests minggu ini. Arghhh....benci ADS sebab tak faham sepatah haram apa coding dia. Kenapalah hidup aku penuh dengan coding. Benci coding. Semua ni bukan bidang aku. Arghhh... Really hate u. Takpe lah. Tak lama je. Come on cikHanum. Kamu boleh. Chaiyok!!

Wednesday, March 3, 2010

8setengah hari..counting!

Masih.ada.baki.8setengah.hari.lagi.nak.pulang.ke.kampung.halaman.

tapi.saya.sudah.rindu.kamu.

errmmm.jahatnye.kamu.seksa.saya.begini.

Doakan.saya.dapat.tempoh.8setengah.hari.itu.ye.

Dari.kejauhan.

-chenta.hati-

Tuesday, March 2, 2010

tests & midsem

Selesai sudah kelas buat hari ini. Badan sangat exhausted gara-gara tak cukup tidur dan kelas yang sangat full harini. Lately, kadar nak tidur semakin kurang. Semalam bertungkus-lumus nak siapkan assignment Data Mining, kesudahan nya tidur pukul 430 pagi, actually siap dah awal dah, golek2 atas katil, mata tak nak lelap, and then, pagi tadi terjaga pukul 7 pagi n tak nak lelap2 dah. Gilo apo aku ni, insomnia ke?? Ishk3... Bahaya aku nih... Ermm... Mungkin juga semangat sudah hilang ditiup angin. ermm. Mane kamu ye?? Oh lagi 2minggu cuti mid-sem...yay...tak sabar nye nak balik. Nak tidur n makan puas2. Kalau mama tengok apa saya makan kat sini hari2 mesti mama sedih. Huuhuu... "Mama, anakmu ini kekurangan kasih sayang di dalam makanan masakan mu..." Dah nak start buat list apa nak makan kat rumah. Haha. Oh tapi...sebelum nak berlibur, mesti lah kena harungi perit getir seorang student dulu kan...mana boleh senang2 ati tok nenek hang je nak cuti. So...nextweek hidup penuh dengan tests and assignments.

Test yang menanti...

  1. ADS - 9march10
  2. IFM - 11march10
  3. CE - 23march10

Tolong la mood rajin datang kepada cikpuanHanum ye...jangan segan jangan malu, saya tak makan awak pun. hihi. Errmm...tengah fikir nak seronok2 masa cuti midsem je, tapi tak ley seronok dulu, nanti sedih. So saya kena stop sampai di sini saja. So sekian wassalam.

Monday, March 1, 2010

1March...



1 March bersamaan hari Isnin. On this date, ramai kawan2 dan kesayangan saya menyambut hari lahir mereka. Masa kian berlalu, umur juga makin bertambah. Semoga panjang umur dan murah rezeki buat kalian semua. To birthday girl - ctkay & birthday boys - danial and hilmy....HAPPY BIRTHDAY wey....sorry no present....hope korang happy menyambut angka baru. hihi...

Oh, today jugak birthday babah saya. Ermm. Hanya sempat kirim sms je, tu pun setelah redeem emergency credit, gara2 lupa beli topup. Haish. Confuse pulak, orang lain yg bertambah umur, aku pulak yang makin pelupa. To babah, Happy Birthday babah, kakya rindu babah, rasa nak lari je balik rumah hug babah and cry on ur shoulder. I missed the good old days, if only i can turn back time. Rindu nak babah dodoi kakya tidur, suap kakya makan, semua2 kakya rindu...tapi sekarang dah besar, dah kena stop semua tu, tak sukee... T_T Babah, semoga panjang umur murah rezeki ye, babah jaga kesihatan elok2 so that kite boleh live happily ever after. I love you babah.





Akulah kekasihmu...

mood aku tgh terbang jauh ke langit,semoga ia kembali like a new-born baby. Amin. Dan, seiring dengan mood tengah terbang, mari kite layan lagu ni, from AXL-Aku kekasihmu (if i'm not mistaken)

AKULAH KEKASIHMU


AKULAH KEKASIHMU

ITUKAH DIA KEKASIH

YANG PERNAH BERJANJI MEMBERI CINTA

UNTUKMU SEPENUH HATI

IA AKAN MENYESAL SUATU HARI NANTI

APABILA IA MENGETAHUI

KEKASIHMU INI INGIN KEMBALI

TAHUKAH ENGKAU IA TAK SEPADAN DENGANMU

WALAU BERIBU BISIK JANJI IA MERAYU

KEKASIHMU INI TERLALU INGIN KEMBALI

SEMENJAK IA MENGETAHUI

KEKASIHMU ITU MEMBUAT KAU BERSEDIH

OH KEKASIHMU INI AKAN MERASA GEMBIRA

ANDAI DAPAT BERSAMA UNTUK SELAMA-LAMANYA

HANYA UNTUK MENYAYANGIMU.......

HANYA UNTUK BERCINTA LAGI.............

ANDAI ENGKAU BERDUKA

AKU YANG PERTAMA DI SISI

ANDAI ENGKAU BAHAGIA

AKU KAN TERUS BERDOA...............SEMOGA SUATU MASA

PINTU HATIMU KAN TERBUKA

DAN KITA AKAN KEMBALI BERCINTA LAGI

AKU AKAN KEMBALI WALAU JALAN BERLIKU

KERNA KU KEKASIHMU

HINGGA KE AKHIR HAYAT..............

OH KEKASIHMU INI AKAN MERASA GEMBIRA

ANDAI DAPAT BERSAMA UNTUK SELAMA-LAMANYA

HANYA UNTUK MENYAYANGIMU...HANYA UNTUK BERCINTA LAGI

ANDAI ENGKAU BERDUKA AKU YANG PERTAMA DI SISI

ANDAI ENGKAU BAHAGIA

AKU KAN TERUS BERDOA SEMOGA SUATU MASA

PINTU HATIMU KAN TERBUKA

DAN KITA AKAN KEMBALI BERCINTA LAGI

AKU AKAN KEMBALI WALAU JALAN BERLIKU

KERNA KU KEKASIHMU HINGGA KE AKHIR HAYAT....

ITUKAH DIA KEKASIH YANG PERNAH BERJANJI MEMBERI CINTA

UNTUKMU SEPENUH HATIIA AKAN MENYESAL SUATU HARI NANTI

APABILA IA MENGETAHUI

KEKASIHMU INI INGIN KEMBALI........................