Masih berjaga di kala orang lain tengah nyenyak dilena mimpi. Aku?? Pastilah mengadap laptop kesayangan. Oh...baru sebentar tadi melihat result internship. Oh, itu tidak merisaukan lagi, ada yang lebih penting yang merisaukan hati. Alhamdulillah....semuanya Ok. Cepat2 dail no telefon babah, and as i guess, mama babah baru nak masuk tidur, rasa nak nangis je bila bagitau result. Hope mereka happy macam apa yang aku rasa sekarang. Taknak mama sedih macam dulu2. Cukuplah sekali tu je. Tak mahu ulang lagi. Tapi aku agak risau untuk semester ini. Mungkin ada goyang here and there, tapi mama....percayalah, anakmu dah berusaha sehabis boleh, kadang2 agak terkucil gara2 minat yang tidak mendalam terhadap apa yang anakmu ini sedang belajar. Semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya. Amin....
Disebabkan result internship memberangsangkan adrenalin untuk merembes dengan lebih banyak, aku dah niat haritu nak buat entry pasal mereka2 yang banyak menolong semasa berinternship. Tapi, perlukan masa. Sebab aku masih di dalam mood nerd, mood nerd konon2 untuk study sebab ada 2 tests minggu ini. Arghhh....benci ADS sebab tak faham sepatah haram apa coding dia. Kenapalah hidup aku penuh dengan coding. Benci coding. Semua ni bukan bidang aku. Arghhh... Really hate u. Takpe lah. Tak lama je. Come on cikHanum. Kamu boleh. Chaiyok!!
No comments:
Post a Comment