Tuesday, October 19, 2010

peringatan diri... ;)




Hari ini, aku tertarik nak baca artikel2 yang member2 share kat FB. Ternyata Allah nak buka hati n minda aku untuk berfikiran positif dan waras berkenaan isu cinta. Alhamdulillah. Apa yang terjadi pada kita sehari-hari patutnye disusuli dengan kata syukur kerana semua yang berlaku dengan kehendak Yang Maha Esa even kadang2 kita mengaku itu adalah kehendak kita sendiri. Kita khilaf. Beberapa potong ayat aku nak share jugak dekat sini yang mana aku rasakan aku nak mengingatkan diri aku sendiri.




“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.




Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali,

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi,

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada,

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.





Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.



Dan yang paling aku suke adalah artikel ini. Sungguh terkesan di hati. Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia Pencipta. Maka, aku pun harus tunduk pada pencipta ku sebab apa yang dia turunkan adalah untuk kebaikan diri. Thanks to those yang share the link. I really appreciate it. Ok, mahu siapkan dissertation now, esok nak kena hantar dulu, oh tidakkkkk, ape2 update later ok peeps. Love u. ;D





No comments: